in

Tonton Program Kesihatan R & R RAMADAN di TV1

Sihat dan Cergas Jalani Ibadah Puasa Sepanjang Ramadan Dalam Program Kesihatan “R & R Ramadan” di TV1. Ibadah puasa yang sedang dilakukan umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini adakalanya membuatkan sesetengah daripada kita kurang menitikberatkan soal kesihatan. Situasi itu kemudiannya menyumbang kepada mengundang penyakit sewaktu di bulan Ramadan.

Prihatin kepada permasalahan tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi sebuah program majalah kesihatan yang membincangkan penyakit sering berlaku pada bulan Ramadan bertajuk “R & R Ramadan” yang telah pun bersiaran episod pertamanya pada 23 Jun lepas.

Menemui penonton setiap Selasa, pukul 11.30 malam menerusi saluran TV2, program ini turut berkongsi dengan selebriti terkenal antaranya Natasha Hudson, Nor Albaniah, Shah Iskandar, Liza Othman, Indah Ruhaila, Fattah Amin, Shahrolnizam dan Aisyah Ilias yang menceritakan pengalaman berpuasa mereka.

Ikuti lima episod menarik Program R&R Ramadan yang mengetengahkan pengisian program meliputi skesta pendek mengenai penyakit, penerangan dari doktor pakar, dan penyedian juadah sihat oleh seorang chef jemputan dan penerangan khasiat makanan oleh pakar pemakanan.

Antara episod menarik menghuraikan penyakit diabetes. Dr Syarifah Sakina dari KPJ Ampang Puteri memberi penerangan mengenai penyakit ini dan bagaimana orang yang mengidap penyakit ini boleh berpuasa. Di dalam segmen Juadah dua menu telah disediakan oleh Chef Sharil dan penerangan mengenai khasiat makanan bagi pesakit diabetes dihuraikan oleh Puan Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan dari KPJ Ampang Puteri. Pada penghujung setiap episod akan muncul seorang selebriti berkongsi pengalaman berpuasa dilalui mereka.

Turut dikongsikan juga penhuraian tentang gejala Dehidrasi di bulan Ramadan. Tetamu jemputan iaitu Prof Madya Dr Noor Ibrahim B. Med Sakian bakal memberi penerangan mengenai penyakit ini dan bagaimana orang yang menghidap orang yang mengidap penyakit ini boleh berpuasa.

Di dalam segmen Juadah pula dua menu telah disediakan oleh Chef Sharil dan penerangan mengenai khasiat makanan dihuraikan oleh Puan Shakila, Pakar Pemakanan dari KPJ Ampang Puteri.

Saksikan perkongsian bermanfaat untuk semua sepanjang Ramadan ini hanya di TV1.

Poster RR ramadan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Filem GIRLFRIEND KONTRAK Lakonan Keith Foo

Gambar Anak Lelaki Harith Iskander Di Laman Web Lucah Kanak-Kanak