in ,

Tonton Mobile Legends: Bang Bang Professional League & Dapatkan Tawaran dari KFC

Tonton Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) & Dapatkan Tawaran Sedap Hingga Menjilat Jari Istimewa

Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim 8 kejohanan liga e-sukan ini yang dengan jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia! MPL Malaysia boleh ditonton secara langsung di YouTube bermula 13 Ogos. 

Para peminat dan pemain MPL Malaysia bakal menyaksikan pertandingan yang lebih sedap hingga menjilat jari kerana pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB boleh didapati secara eksklusif di KFC Delivery melalui aplikasi KFC sepanjang Musim 8 daripada 13 Ogos sehingga 21 Oktober 2021. Untuk menambah keterujaan peminat, pakej hidangan ini akan sentiasa diperbaharui! 

KFC x MLBB

Langkah Untuk Menebus

Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di bawah: 

Langkah 1: Log masuk Aplikasi KFC.

Langkah 2: Klik ikon “%” untuk ke halaman “Bucketful of Deals” untuk tawaran eksklusif!

Langkah 3: Cari “MLBB POWERUP bundle deals”, klik untuk tebus & lengkapkan pesanan
anda.

Hadiah Istimewa dari KFC

Sementara itu, Kolonel Sanders ada tawaran istimewa untuk kesemua pemain MPL Malaysia! Sempena sambutan hari lahir ke-131 beliau pada bulan September, KFC akan menghadiahkan cheat codes istimewa dan 1 juta Diamonds dalam-permainan melalui laman-laman sosial KFC Malaysia untuk power up permainan dan perut mereka!

Bukan itu sahaja, 11 karakter kesukaan peminat yang melambangkan 11 herba dan rempah ratus rahsia KFC bakal diketengahkan dalam kempen ini, dan para pemain boleh nantikan giveaway KFC termasuk baucar semasa beberapa siaran langsung terpilih.

“Kami teruja untuk bekerjasama secara rapat dengan KFC dan memperkasakan pertandingan ini dengan tawaran pakej eksklusif. Nantikan kolaborasi dan Regular Season pertandingan ini yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi!”

– Fikri Rizal Mahruddin, Pengurus Perniagaan MOONTON Games.

“KFC berbesar hati berkolaborasi dengan YouTube dan MOONTON Games untuk power up para pesaing dan peminat dengan makanan sedap hingga menjilat jari yang disediakan segar setiap hari dan dihidangkan selamat dan mudah melalui khidmat tanpa sentuh, supaya mereka bersedia untuk kejohanan! Kami tidak sabar untuk turut serta berseronok dalam pertandingan e-sukan sengit ini dan pada waktu yang sama meraikan semangat keghairahan belia Malaysia,”

– Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

“Jutaan rakyat Malaysia menonton YouTube untuk menghiburkan diri di rumah, dan waktu menonton permainan video kasual pada awal 2021 berkembang lebih daripada 5X berbanding tahun lalu. Kami berbangga untuk berkolaborasi dengan MOONTON dan KFC untuk power up salah satu e-sukan terbesar Malaysia pada 2021,”

– Ben Jern Loh, Ketua YouTube Malaysia.

Tonton di Saluran Youtube

MPL Malaysia Musim 8 mengumpulkan 10 pasukan terbaik untuk bertanding memenangi hadiah terkumpul berjumlah USD 100,000. Pemenang dan pemenang tempat kedua bakal berpeluang untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan daerah atau antarabangsa. Mari bersama kami menyaksikan kejohanan ini bermula 13 Ogos di Mobile Legends: Bang Bang’s YouTube channel. 

Untuk jadual penuh perlawanan dan lebih maklumat untuk mendapatkan pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB, layari https://www.facebook.com/mplm.official atau www.KFC.com.my

Mengenai MOONTON 

Ditubuhkan pada 2014, Moonton adalah sebuah syarikat global permainan video yang berdedikasi untuk pembangunan, penerbitan dan juga e-sukan. Mempunyai lebih daripada 900 pekerja serata dunia, syarikat ini beroperasi di Indonesia, Malaysia Singapura, Hong Kong dan juga tanah besar China. Moonton telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih terkemuka di peringkat global dan telah menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pihak kerajaan dan juga organisasi e-sukan di 30 buah negara serata dunia. Salah sebuah permainan video yang diterbitkan oleh Moonton, Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan video mudah alih multiplayer online battle arena (MOBA) yang terkemuka di dunia. 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang: 

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mudah alih Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang paling terkemuka di dunia. Dengan lebih dari 1 billion muat turun dan lebih dari 100 juta pemain yang aktif setiap bulan, Mobile Legends: Bang Bang menduduki carta Top 10 most-played games di 80 buah negara. Permainan mudah alih ini boleh didapati di seluruh 139 negara dan telah dilokalisasikan kepada 25 bahasa. MOBA ini beroperasi di 1,200 server untuk memastikan gameplay yang lancar. 

Mengenai Mobile Legends Esports: 

Ditubuhkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang esports bergerak sebagai satu platform supaya pemain dapat mengejar impian dan cita-cita untuk menjadi atlet e-sukan, mengembangkan potensi, dan berpeluang untuk bertanding di peringkat antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang untuk beroperasi mengoperasikan pelbagai liga, termasuklah siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Eropah, Timur Tengah dan juga Amerika Utara. 

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd: 

QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

Google Dedah Spesifikasi Dan Rekaan Penuh Telefon Pintar Pixel 6 & Pixel 6 Pro