Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton (www.tonton.com.my) kini melebarkan sayap ke negara jiran, Singapura dengan tawaran tontonan menerusi Singtel Cast di Singtel TV. Ditawarkan di pek Aneka Plus, penonton di Singapura boleh menikmati pelbagai siri drama TV3 dan TV9 sehingga 6 bulan lebih awal sebelum tayangan di rangkaian TV.
Pengenalan Tonton di Singtel TV turut dimeriahkan dengan kehadiran duta Tonton; Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat dan Redza Rosli di Karnival Celebfest yang diadakan di Suntec, Singapura pada hujung minggu lalu.
Mendapat sambutan hangat daripada rakyat Singapura, pelbagai aktiviti yang turut disertai oleh duta Tonton selama 3 hari dilihat sukses dalam mempromosikan portal video ini di kota republik Singa. Malah, kehadiran peminat yang teruja di lobi penginapan hotel Royal Plaza on Scotts Singapura membuktikan penerimaan bukan sahaja bakat, malah produk Malaysia (Tonton) di negara ini.
Ketika ditemui semasa sesi temubual khas di Royal Plaza on Scotts, Dato’ Seri Vida yang juga pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, teruja dapat hadir bertemu para peminatnya di sini. “Inisiatif Tonton yang menampilkan saya, Ayda Jebat dan Redza Rosli adalah satu langkah bijak bukan sahaja untuk mempromosikan Tonton di sini, malah membuka ruang buat kami menembusi pasaran hiburan di Singapura.
Banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai sepanjang 3 hari saya berada di sini, malah saya cukup teruja apabila ramai peminat yang turut bernyanyi bersama saya di karnival Celebfest; membuktikan penerimaan saya di sini,†ujar beliau. Dato’ Seri Vida menyampaikan lagu istimewa beliau berjudul ‘I Am Me’ untuk 2 malam berturut di acara tersebut yang mendapat sorakan gemuruh dari pengunjung. Malah, Dato’ Seri Vida sempat mengelolakan aktiviti khas bertemu para peminatnya di hotel pada hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
Manakala Ayda Jebat yang seringkali hadir ke kota Singa sebelum ini juga teruja dengan sambutan oleh rakyat Singapura. “Kolaborasi Singtel dan Tonton adalah sesuatu yang cukup istimewa buat peminat saya di negara ini. Usaha Tonton bukan sahaja mempromosikan kandungan hiburan tempatan ke luar negara, malah turut membuka peluang kepada selebriti seperti kami dalam menembusi tawaran hiburan di luar negara.
Saya amat yakin dengan kekuatan pasukan Tonton sekarang ini, mampu membawa portal ini bersama-sama karyawan Malaysia melangkah jauh ke persada antarabangsa; termasuk Brunei dan Indonesia selepas ini,†tambah gadis yang kini popular dengan lagu ‘Pencuri Hati’. Ayda Jebat yang kini berehat dari sebarang rakaman drama sepanjang Ramadan untuk memberi perhatian kepada keluarga, bakal kembali beraksi selepas Syawal nanti. Istimewa di karnival Celebfest, Ayda Jebat mencuit hati pengunjung dengan usikan manja yang tidak henti terhadap Redza Rosli selain penampilan tarian gelek beliau.
Redza Rosli yang bakal meraikan Aidilfitri kelak di Petaling Jaya, Selangor sebelum ke kampung halaman di Perak pula berkata, “Kehadiran saya di sini pada minggu ini bertepatan dengan siaran drama Seindahnya Takdir Cinta (Akasia TV3) yang kini ditayangkan menerusi saluran TV Suria. Saya pasti Tonton di Singtel TV akan diterima ramai rakyat Singapura dengan pelbagai tawaran hiburan menarik sehingga 6 bulan lebih awal sebelum tayangan TV di Malaysia sendiri.†Redza Rosli yang diketahui dengan karakter pendiam acapkali diusik oleh Ayda Jebat sepanjang temubual, malak karakter mereka dilihat serasi sehingga ke acara santai sekitar kota Singapura sepanjang 3 hari di sini.
Pada acara promosi Tonton di Singtel TV ini juga, rombongan Tonton serta barisan duta dibawa berbuka puasa di Desa Kartika, Centrepoint Singapura selain lawatan membeli-belah ke bazar raya Geylang Serai. Kehadiran duta Tonton menerima sambutan istimewa peminat di setiap lokasi acara, malah keserasian Ayda Jebat dan Redza Rosli turut menjadi perhatian ramai.
Tonton boleh dinikmati menerusi Pek Aneka Plus di Singtel Cast, Singtel TV Singapura. Manakala peminat di Malaysia boleh melayari Tonton di laman www.tonton.com.my.