Hal ini kerana segalanya berada di hujung jari dengan penggunaan internet, dimana pelanggan boleh menonton pelbagai rancangan yang disediakan.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook penerbit terkenal Aziz M. Osman, dia menyifatkan perbuatan menggunakan Android Box seakan-akan sama dengan tindakan ‘pencuri’.
Posting itu dibanjiri komen pengikutnya yang menyokong kenyataan tersebut. Ada di antara mereka yang mengatakan perbuatan berkenaan bukan menyokong pencuri tetapi hakikatnya turut sama mencuri.
Hargailah penat lelah yang dilakukan setiap pengarah dan penerbit di tanah air. Janganlah kita menyokong tindakan mencuri kerana ini akan merugikan industri filem tempatan.