in

TomTom Lancar Produk Navigasi GO 750, XXL 550, XL 25

Tanggal 28 September 2010, satu pagi yang indah dan bertuah. Mengapa satu hari yang bertuah, korang kena baca dengan lebih lanjut entri ni… Kebetulan, Budiey pun hantu gadget – suka nak tahu gadget apa yang terbaru tengah hot kat pasaran. Jadi, kebetulan Budiey dijemput untuk hadir di Pelancaran TomTom – sebuah jenama navigasi mudah alih terkemuka di Restoran Sage, The Gardens Residence, lantai 6 yang diadakan seawal Jam 10 pagi, hari Selasa lalu.

Mungkin ramai pembaca yang tak tahu apa itu TomTom tapi kalau sebut Garmin, ramai pula yang tahu. Ini terbukti semasa Budiey bertanyakan pasal Tomtom di Facebook dan Twitter. Ramai yang cakap, Tom Tom Bak la, alat permainan budak-budak la, sejenis makanan la dan macam-macam lagi la.

TomTom

Di pelancaran produk pertama kali di Malaysia ini, Naib Presiden Pemasaran TomTom Asia Pacific, Chris Kearney telah memberikan penerangan secara terperinci tentang gadget yang mana bagi Budiey satu alat untuk mencari jalan mudah untuk ke satu tempat supaya tak sesat.

TomTom

Ia dianggap satu inovasi terkini bagi membantu kita untuk sampai ke destinasi dengan pantas, selamat dan semudah mungkin.

TomTom

Apa bezanya TomTom dengan gadget pandu arah yang lain? TomTom memberikan panduan yang lebih terperinci dan lebih senang. Yang penting, TomTom membantu pengguna anda bertenang kerana anda mempunyai alat GPS yang paling bijak pada peranti GPS TomTOm. Budiey dikhabarkan sebanyak lebih 40 juta pengguna GPS TomTom setiap hari.

Semua alat GPS TomTom siap dengan peta Tele Atlas terkini bagi Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Di pelancaran ini, pihak media yang hadir berpeluang memenangi salah satu produk TomTom model GO 750. Dan… Budiey kali ini bernasib baik kerana telah dipilih untuk memilikinya! Terima kasih!

budiey tomtom

Hari ini baru Budiey rasmi TomTom GO 750 yang bernilai RM1,200 itu. Memang best dan sangat senang untuk ke event hari ini iaitu Pelancaran Drama Bersiri Inikah Cinta yang menampilkan Akim dan Juliana Evans.

Ada 3 model TomTom dipasaran Malaysia iaitu TomTom GO 750, TomTom XXL 550 dan XL 250.

XL

XL

XL

XL

XL

Antara ciri-ciri istimewa TomTom ialah membantu kita dan memastikan kita lebih selamat di jalan raya dengan arahan suara termasuk nama jalan, bagi menjadikan belokan jauh lebih luas. TomTom menunjukkan dengan jelas lorong yang mana perlu ambil di persimpangan agar kita tak ketinggalan belokan. Di persimpangan lebuhraya yang paling sukar gambaran foto realistik untuk persimpangan memastikan kita tetap tenang dan selamat.

Mengapa TomTom?

Peta Terbaik di mana ada peta tele atlas terbaru sedia dipasang, jaminan peta terbaru, perubahan peta harian daripada pengguna TomTom dengan MapShare.

Selain ada carian poskod dan bangunan komersial, TomTOm juga akan membetulkan kedudukan GPS dengan lebih cepat.

Peranti GPS TomTom berfungsi langsung daripada kotak dengan menu skrin sentuh yang intuitif dan termasuk perisian desktop TomTom HOME bagi memastikan gadget ini sentiasa dikemaskini.

Macamana nak mula guna? Rancang laluan dengan TomTom ni lebih mudah. Untuk merancang laluan, anda kenalah klik:

1. Navigasi ke

2. Taipkan Alamat

3. Lihat ringkasan laluan anda

4. Pandangan Memandu.

Anda mahu gadget yang paling maju dalam navigasi? Budiey rasa, anda patut cuba TomTom yang menampilkan skrin lebar sejernih kristal dan ciri-ciri navigasi hebat pandangan foto realistik untuk persimpangan dengan Panduan Lorong Terdahulu. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan hebat. Kurangkan tekanan dan pandulah dengan selamat.

TomTom

TomTom

TomTom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamal Adli, Diana Rafar dalam Senandung Semalam

Chipsmore Land Musim Ke-5 TV9