in

Tomok Tukar Stail Potongan Rambut Ala Rihanna?

Semalam telah berlangsungnya Saringan Separuh Akhir Muzik Muzik 25 di Studio Sri Pentas 2 Shah Alam. Maka, terjawab sudahlah lagu mana yang akan melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 25.

Tahniah buat semua 14 orang finalis Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Kalau kita tengok pada senarai finalis, boleh kita katakan ia dimonopoli oleh semua penyanyi popular. Sebilangan besar dari mereka adalah artis baru dan juga sebahagian lagi adalah artis indie!

Antara tarikan utama semasa saringan semalam ialah stail potongan rambut Tomok yang baru sahaja dipotong dan didandan. Pendandan rambut Tomok juga turut kelihatan di Sri Pentas 2. Sekali lihat pada stail rambut baru Tomok ni mengingatkan Budiey dengan potongan rambut penyanyi Rihanna di American Music Awards 2010 yang berlangsung semalam.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Tomok kerana beliau berjaya menjadi finalis AJL25. Budiey lihat sendiri semalam bagaimana Tomok berusaha untuk menyampaikan lagu Berlari hasil ciptaan Shazzy Ishak dan Tomok sendiri. Kata Tomok, dia tiada masalah dari segi performance cuma dari segi vokal ada masalah apabila tekaknya rasa sakit beberapa jam sebelum naik ke pentas.

Semoga Tomok buat yang terbaik di AJL nanti.

Bertemu Tomok semalam, beliau turut menjemput Budiey untuk hadir di Majlis Pelancaran Album Terbaru Tomok pada minggu ini.

Rihanna

Rihanna di American Music Awards 2010

Tomok

Tomok menyampaikan lagu Berlari dengan jayanya

Tomok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Saringan Separuh Akhir Muzik Muzik 25

Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu 25