Badi kekalahan kumpulan King Musang selama empat minggu berturut-turut akhirnya terhapus juga pada minggu lalu apabila kumpulan yang diketuai oleh Shuib itu mengungguli carta undian. Lebih manis apabila ahli kumpulan King Musang,
Syuk, telah dipilih untuk mendapat ‘imuniti’ yang akan menyelamatkan beliau daripada sebarang penyingkiran. Berikutan itu, buat pertama kalinya kumpulan Tenggiling Taiko terpaksa menyingkirkan seorang daripada mereka dan mereka telah bersepakat untuk mengucapkan selamat jalan kepada Danial.
Minggu lalu juga menyaksikan rakyat Malaysia bersatu dengan menghantar lebih 10,000 tweet di laman sosial Twitter untuk melihat Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak bermain permainan Dahiku Dahimu. Permainan spontan tersebut diakhiri dengan kemenangan berpihak pada Datuk AC buat pertama kalinya. Kemeriahan pentas Super Spontan Superstar 2017 akan diteruskan lagi pada minggu keenam ini yang juga merupakan minggu suku akhir dengan kehadiran Tomok dan Siti Sarah sebagai pemain jemputan.
Siaran Langsung Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Keenam) akan berlangsung pada 13 Oktober 2017 (Jumaat), di Panggung Percubaan, UPM, Serdang. Jangan lupa tonton lah!