Budiey nak ucapkan tahniah buat Tomok atau nama mahu dikenali sebagai Shah Indrawan kerana dikurniakan IMUNITI sekaligus menyelamatkan dirinya daripada penyingkiran minggu hadapan. Juga menjimatkan duit penyokong Tomok untuk minggu ini. Korang boleh simpan untuk Vote YES Tomok minggu hadapan ya. Nampaknya, kalau kita lihat persembahan Tomok semalam, satu lagi petua atau tips yang perlu diamalkan oleh para peserta OIAM untuk dapatkan anugerah imuniti iaitu mencipta sesuatu yang kreatif dan me’revamp’ atau mengolah semula melodi asal lagu. Tetapi perlu diingat juga, melodi asal tak boleh sewenang-wenang ditukar.
Namun, mungkin juga peserta lain tidak berapa mengancam, jadi show Tomok semalam kelihatan menyerlah dengan irama fresh bernafas baru. Dengan intro yang begitu lain dari yang kita dengar, Lagu La La La Kerjalah naik seri dengan gaya funky dan kalau nak lebih cantik kena suntik elemen glam rock dalam persembahan Tomok. Namun, dengan gaya bersahaja dan santai pun, Budiey kira Tomok boleh menambat hati juri.
Dan begitu menyeluruh sekali penghayatannya hinggakan telah dibiarkan misai dan janggutnya tumbuh kerana ingin kelihatan seperti seorang yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak terurus walaupun masih berpakaian cantik.
“Saya cuba buat yang terbaik untuk malam ini. Saya tidak sangka akan mendapat imuniti kerana kesemua peserta telah memberikan persembahan yang bagus. Saya perlu berterima kasih kepada Taja kerana memberi kebebasan kepada saya untuk melakukan apa yang saya inginkan dengan lagunya. Malah dia juga menasihatkan saya untuk membawanya lain dari yang dilakukan oleh Lan.”
Ditanya jika seperti Nine, Simon dan Amylea, dia juga merancang untuk menunjukkan bakatnya dalam memainkan alat muzik, jelas Tomok, pada sesi ujibakat dulu dia telah dikritik Paul Moss yang mengatakan dia kelihatan seperti seorang ‘busker’ dengan gitarnya.
“Saya fobia sebenarnya main di atas pentas. Kini, saya mendapati saya lebih selesa dengan penampilan sebegini kerana dapat melakukan lebih banyak pergerakan di atas pentas.” [sumber]
Bagaimana pula persembahan Tomok minggu hadapan? Bisa kekalkan imuniti lagi?