FILEM AKSI DRAMA BLOCKBUSTER TAHUN 2017 MELEPASI KUTIPAN LEBIH RM7 JUTA & BAKAL DIPASARKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA!
Filem Tombiruo : Penunggu Rimba terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan telah pun memasuki lebih 2 minggu tayangan di pawagam seluruh tanah air serta Singapura dan Brunei. Penerimaan penonton terhadap filem ini masih positif dan buktinya filem adapatasi dari karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid telah meraih lebih RM7 juta dalam tempoh 18 hari menerusi 117 pawagam.
Lebih menarik, pihak penerbit juga telah mengambil satu langkah berani dengan bekerjasama dengan AMP International untuk memasarkan filem ini ke peringkat antarabangsa secara world wide.
Pihak penerbit filem masih lagi aktif dalam mempromosikan filem ini tambahan lagi apabila kini harus bersaing dengan filem blockbuster dari luar negara dan bersyukur filem ini masih mendapat sokongan dari penonton serta juga pihak pawagam. Malah turut, berharap dengan mutu kualiti yang berlainan yang dipersembahkan dalam karya tempatan sebegini, ia mampu menjadi faktor untuk menarik penonton yang masih belum menonton untuk pergi ke pawagam bagi menyaksikannya.
Sementara itu, Pengarah Jualan Global dan Pengambilalihan di AMP International, James Norrie menyatakan “Pihak penerbit serta pengarah filem Tombiruo iaitu Seth Larney telah berjaya menghasilkan sebuah filem berbentuk ‘Asian Superhero’. Kami tidak sabar untuk memasarkan filem ini ke pasaran antarabangsa dan sekaligus membentuk kelompok peminatnya tersendiri.”
“Tombiruo : Penunggu Rimba” memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam.
Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Saksikan filem Tombiruo di pawagam di seluruh negara. Layari laman sesawang www.tombiruomovie.com serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw dan Astro Gempak untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #tombiruo, #tombiruomovie dan #penunggurimba sebagai tanda sokongan pada filem ini.