Pelakon Beto Kusyairy menegaskan akan menilai tahap kerelevanan dan impak terhadap imejnya sekiranya diminta untuk tidak berbaju dalam sesebuah naskhah.
Pemilik nama penuh Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, itu berkata, dia akan bersikap profesional sekiranya diminta untuk tidak berbaju dan menayang sebahagian badannya dalam filem mahupun drama sekiranya pengarah mempunyai alasan kukuh.
Dia bagaimanapun menegaskan akan menolak permintaan itu sekiranya babak sedemikian sengaja dihasilkan untuk mencetuskan kontroversi atau keghairahan penonton.
Sementara itu, ditanya mengenai kesanggupannya membentuk badan agar tampak sasa, Beto berkata perkara perkara tersebut memerlukan komitmen yang tinggi.
Super Wira merupakan siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu seperti silat dan cerita rakyat Naga Tasik Chini.
Selain Beto, naskhah arahan Ghaz Abu Bakar itu turut dibintangi Nadhir Nasar, Idan Aedan, Mira Fizah, Zizan Razak dan Ezzaty Abdullah.
Super Wira bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Ceria setiap Isnin, pukul 9 malam bermula 23 Oktober ini.