in ,

Tolak Tawaran Berlakon Sementara Waktu, Fikry Ibrahim Balik Kampung Jaga Ibu

Pelakon Fikry Ibrahim terpaksa menunda segala komitmen kerja di sini demi menjaga ibu tercinta, Bibi Zaleha, 73, yang diserang angin ahmar, dua hari lalu.

Syurga anak lelaki berada dibawah tapak kaki ibu. Sejuk ibu mengandung apabila pelakon ini mengambil keputusan untuk tinggal di kampung buat sementara waktu untuk menjaga ibunya. Fikry memilih menjaga ibu, Bibi Zaleha yang jatuh sakit akibat diserang angin ahmar.

FIKRY IBRAHIM

Pelakon itu bergegas pulang ke kampung halamannya yang terletak di Jitra, Kedah dan menunda segala komitmen kerja di ibu kota

“Ketika doktor maklumkan ibu sudah tidak boleh bercakap dan perlu dijaga makan dan mandinya, saya ambil keputusan untuk berada di Jitra buat sementara waktu.”

Meskipun banyak tawaran kerja terpaksa ditolak ketika saat akhir, Fikry menjelaskan bahawa dia tidak punyai pilihan lain kerana hanya memikirkan keadaan ibu di rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tuah Menang RM1 Juta, Jutawan Muda Jadi Buruan ‘Keluarga’ Di Facebook

Selepas 15 Tahun Ditayangkan. K-Drama PRINCESS HOURS Bakal Lakukan Remake Version