Mana tidaknya, saat kembali berjaya menurunkan berat badan kali ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, berat badannya berjaya diturunkan sekitar tiga bulan. Malah yang paling tak boleh ‘blah’, saat memotong rambut pendek, ada hati pula menyamakan dirinya seperti Remy Ishak, Syamel dan pelajar lepasan SPM.
Gigi pemilik nama penuh, Abd Rahman Kassim yang sebelum ‘berterabur’ pun kelihatan tersusun. Berat badan Man kini turun daripada 94 ke 74 kilogram dengan secara konsiten dengan bantuan produk minuman kesihatan Bodycurv selain berjalan kaki di kawasan rumah.
Ditanya apakah Man terlalu berfantasi dengan dirinya apabila disamakan dengan si polan itu ini, juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu enggan mempedulikannya.
“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?.
“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.
“Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,”
– Man Raja Lawak
Cuma dalam masa sama, sepanjang usaha kembali menurunkan berat badan itu, ada pula klinik gigi yang bermurah hati menaja Man membuat rawatan sekitar April lalu.
“Alang alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.
“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak ‘sponsor’. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik.
“Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya.
– Man Raja Lawak
Kata suami kepada Azlina Awalludin itu, dia sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan Bodycurv yang diminum sejak dua tahun lalu.
“Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.
“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing.
“Setahun juga saya menggemokkan diri dengan ‘enjoy’ makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak. Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya,”
– Man Raja Lawak
Menurut Man lagi, produk berkenaan yang mempunyai dua perisa coklat (CocoCurv) dan kopi (CafeaCurv) diakui selamat digunakan.
“Sebelum ini saya berjaya menurunkan berat badan dengan produk berkenaan tanpa bersenam. Kali ini saya nak buktikan dengan minum produk berkenaan dan ditambah bersenam pun lagi pantas berat badan menurun.
“Pilihan nak kurus di tangan anda. Nak kurus tanpa senaman atau bersenam pun boleh dan diyakini dengan Bodycurv.
“Saya juga menggandakan usaha bersenam dengan berjalan kaki. Kalau rasa tak puas berjalan kaki secara laju dalam satu sekali sehari, saya buat pagi dan malam. Perut pun sudah tak boroi,”
– Man Raja Lawak
Instagram rasmi Bodycurv @bodycurv_hq.