Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol adalah untuk semua jenis kenderaan serta plaza tol kecuali di dua di sempadan selatan iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor.
Bagi mereka yang bercadang pulang balik ke kampung atau mengambil kesempatan ini untuk bercuti, pihak PLUS sudahpun memberikan saranan waktu perjalanan boleh dilakukan sepanjang tempoh perayaan beberapa hari yang lalu.
Sebagai contoh perjalanan keluar dari Lembah Klang di antara 10 hingga 11 November, pengguna disarankan keluar antara 8-11 pagi untuk perjalanan ke Utara.
Mereka yang ingin pulang ke Perak pula perjalanan disarankan dilakukan antara jam 4 petang hingga 7 petang. Untuk yang ingin ke Selatan pula perjalanan disarankan antara 10 pagi hingga 1 petang.