in ,

Tokyo Dipilih Sebagai Destinasi Utama Oleh Pelancong Asia Pada Tahun Baharu Cina 2020

Sambutan Festival Musim Bunga: Tokyo Dipilih Sebagai Destinasi Utama Oleh Pelancong Asia Pada Tahun Baharu Cina 2020

Tokyo, Bangkok dan Taipei adalah tiga destinasi utama untuk pelancong-pelancong di Asia bagi menyambut Tahun Baharu Cina, menurut data yang diperolehi daripada Agoda, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia. Tahun ini, Tokyo menolak turun Bangkok dari kedudukan teratas, setelah ia berjaya mendaki tangga kedudukan dari tempat ketiga di tahun 2018 ke kedudukan teratas, sementara Taipei beranjak ke tempat ketiga.

Sambutan Festival Musim Bunga: Tokyo Dipilih Sebagai Destinasi Utama Oleh Pelancong Asia Pada Tahun Baharu Cina 2020

Malah, Taiwan merupakan destinasi utama tahun ini, dengan empat bandarnya mendapat tempat di dalam senarai sepuluh teratas iaitu Taipei (#3), Taichung (#4), Kaohsiung (#6) dan Tainan (#9). Di samping itu juga, antara destinasi yang digemari ramai untuk menyambut Tahun Baharu Cina termasuk Seoul (#7) dan Chiang Mai (#10). 

Tahun Baharu Cina, juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga, menyaksikan penghijrahan peringkat global yang terbesar apabila sebahagian daripada penduduknya membuat perjalanan merentasi benua untuk menziarahi kaum keluarga dan sahabat.

Meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati hidangan makan besar adalah satu keutamaan ketika Tahun Baharu Cina, menjadikannya satu masa yang paling sesuai untuk membuat perjalanan bersama.

Ia bukan satu perkara yang mengejutkan apabila Jepun, Malaysia dan Thailand mendapat tempat utama sebagai destinasi pilihan pelancong Asia untuk menyambut Tahun Baharu Cina — dengan menawarkan pelbagai pengalaman unik seperti makanan yang lazat, kebudayaan dan syurga membeli-belah untuk dinikmati oleh setiap ahli keluarga.

Sorotan Perjalanan Tahun Baharu Cina Mengikut Pasaran:

  • Pelancong dari China bertumpu ke Jepun, menjadikan Tokyo, Osaka dan Sapporo sebagai bandar destinasi utama antarabangsa bagi pelancong China.
  • Jepun juga merupakan negara pilihan nombar satu bagi pelancong-pelancong dari Thailand untuk Festival Musim Bunga, dengan lapan bandar Jepun di dalam senarai sepuluh teratas.  
  • Sementara itu, pelancong-pelancong Jepun menuju ke destinasi-destinasi berhawa Tropika sempena Tahun Baharu Cina seperti Bangkok, Pattaya dan Chiang Mai di negara Thailand yang menduduki tempat pertama, ketiga dan kesembilan masing-masing sementara Singapura, Cebu dan Honolulu menduduki tempat ketujuh, kelapan dan kesepuluh. Seoul mendaki dua anak tangga dari tempat keempat dalam tahun 2019 ke tempat kedua tahun ini.
  • Pelancong-pelancong Korea Selatan pula menuju ke destinasi percutian pantai untuk menyambut ‘Seollal’ di Nha Trang (#3), Da Nang (#4), (di Vietnam), Cebu (#6) (di Filipina), Guam (#8) (di Micronesia) dan Bali (#10) (in Indonesia).
  • Malaysia, Indonesia dan Thailand menjadi tumpuan pelancong-pelancong Singapura untuk Tahun Baharu Cina, manakala Batam, Johor Bahru dan Kuala Lumpur menjadi destinasi bandar tiga teratas.
  • Pelancong-pelancong Taiwan menuju ke destinasi antarabangsa utuk Festival Musim Bunga dan bertumpu di Jepun dengan 7 daripada 10 destinasi utama berada di dalam negara tersebut. Seoul (#6) dan Busan (#9) di Korea Selatan juga mendapat tempat sepuluh teratas tahun ini.
  • Pelancong-pelancong Vietnam menyambut ‘Tet Nguen Dan’ (atau Tet), dan buat tahun ini, pelancong-pelancong sekali lagi memilih destinasi-destinasi antarabangsa dan menuju ke bandaraya kosmopolitan yang sibuk seperti Bangkok (#1), Singapura (#2), Taipei (#3).
  • Malaysia, adalah negara kedua yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Asia pada Tahun Baharu Cina ini. Malaysia juga merupakan lima daripada destinasi sepuluh teratas bagi pelancong-pelancong Indonesia — Kuala Lumpur (#1), Genting Highlands (#4), Pulau Pinang (#6), Johor Bahru (#8), dan Kuching (#9).
  • Pelancong-pelancong Malaysia pula memilih Thailand sebagai destinasi utama dengan lima daripada destinasi sepuluh teratas berada di dalam negara tersebut (Hat Yai, #1; Bangkok, #2; Krabi, #3; Phuket, #4; dan Koh Lip, #10).
10 Destinasi Utama Tahun Baharu Cina 2020 Untuk Pelancong Asia (Agoda) 
201820192020
Negara-negara Utama
MalaysiaJepunJepun
ThailandMalaysia Malaysia
JepunThailand Thailand
Bandar-bandar Utama
BangkokBangkokTokyo
Kuala LumpurTokyoBangkok
TokyoKuala LumpurTaipei
TaipeiTaipeiTaichung
MelakaTaichungOsaka
OsakaKaohsiungKaohsiung
SeoulOsakaSeoul
ManilaMelakaKuala Lumpur
TaichungHong KongTainan
SingapuraPulau PinangChiang Mai

Malaysia

Thailand, Jepun dan Indonesia terus mendapat tempat di hati pelancong Malaysia buat tiga tahun ini. Destinasi negara jiran, Thailand — bandar pusat membeli-belah Hat Yai (#1) dan Bangkok (#2) dan pusat peranginan pantai di Krabi (#4), Phuket (#6) dan Koh Lipe (#10) adalah popular pada tahun 2020. Ini juga merupakan tahun pertama Tokyo mendapat tempat tiga teratas setelah mendaki dengan mantap dari kedudukan kelapan pada tahun 2018 ke kedudukan kelima pada tahun 2019.

Lokasi Malaysia yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara menarik perhatian pelancong-pelancong dari rantau ini untuk sambutan Tahun Baharu Cina — menjadikannya negara kedua yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong-pelancong Asia untuk tahun 2020. 

Malaysia: 10 Destinasi Utama untuk Tahun Baharu Cina 2020 (Agoda)
201820192020
Negara-negara Utama
Thailand Thailand Thailand 
IndonesiaIndonesiaJepun
JepunJepunIndonesia
Bandar-Bandar Utama
Hat YaiHat YaiHat Yai
BangkokBangkokBangkok
SingapuraSingapuraTokyo
KrabiPhuketKrabi
PhuketTokyoBali
BaliKrabiPhuket
Jakarta BaliSingapura
TokyoTaipeiTaipei
TaipeiKoh LipeSeoul 
Ho Chi Minh Pulau BatamKoh Lipe

Nota kepada Editor

Data tempahan Agoda dari negara-negara asal telah dikumpul semak untuk Tarikh Tahun Baharu Cina dalam tahun 2018, 2019 dan 2020:

  • 16 – 17 Februari 2018
  • 5 – 6 Februari 2019
  • 25 – 26 Januari 2020

Dapatkan video animasi Tahun Baharu Cina dan pecahan lanjut mengikut negara di Agoda Press Room.

Tentang Agoda

Agoda adalah salah satu platform tempahan penginapan atas talian yang paling berkembang maju di dunia. Diasaskan sebagai start-up e-dagang di Singapura sejak tahun 2005, Agoda kini telah berkembang untuk menawarkan lebih 2 juta pilihan penginapan dalam lebih 200 negara di serata dunia. Agoda memberikan akses mudah kepada pengguna untuk memilih penginapan yang terdiri daripada hotel mewah, hotel kos rendah, pangsapuri, kediaman dan vila yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan mereka. 

Berpangkalan di Singapura, Agoda adalah sebahagian daripada Booking Holdings (Nasdaq: BKNG) dan mempunyai lebih 5000 wargakerja dalam lebih 30 negara. 

Agoda.com dan aplikasi mobil Agoda boleh didapati dalam 38 bahasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu NiNiNi Nyanyian Abubakarxli

Khai Bahar Bakal Jayakan Konsert Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya