Konsert saingan ke-3 bagi Kumpulan A yang berlangsung pada hari Ahad lalu menyaksikan anak didik Faizal Ismail iaitu TOKAN muncul sebagai juara dalam Kumpulan A dengan 71.7 markah. TOKAN yang memilih selebriti Wak Doyok sebagai artis undangan telah mempersembahkan sketsa komedi yang bertajuk “Mat Bangla Popular Pergi Anugerah Bangla Popularâ€. Apa yang pasti medan pertarungan di antara anak didik BMB2 saban minggu dilihat semakin sengit dan menghiburkan!
Kalau diimbas kembali pada awal program BMB2, iaitu pada episod pertama dan kedua, hanya beberapa anak didik yang dilihat mampu menyerlah. Bagaimanapun, setelah menyaksikan persembahan BMB2 minggu lalu, spekulasi itu ternyata berbeza. Rata-rata anak didik yang mendapat bimbingan Sifu masing-masing mempamerkan persembahan yang meyakinkan malah ada juga di antara mereka tampil membuat persembahan dengan menampilkan idea-idea yang begitu kreatif.
Jika pada konsert saingan ke-2, anak didik dikehendaki mempersembahkan sebuah sketsa komedi bertemakan ‘silent comedy’, minggu lalu pula menerusi konsert ketiga Kumpulan A, anak didik diberi peluang untuk membuat persembahan bersama artis pilihan masing-masing.
Kumpulan A yang terdiri dari TOKAN, PK, JEBAT, TAKTIH, OOOOO dan LAMPU mempersembahkan sebuah sketsa komedi tema bebas selama 3 minit dan nyanyian selama 2 minit. Anak didik kepada Saiful Apek iaitu ‘LAMPU’ bersama Ezlynn membuka tirai dengan persembahan mereka yang bertemakan ‘Camping’ dan kemudian diikuti oleh ‘PK’ (Ebby Yus) bersama HERMANTINO dengan sektsa komedia mereka bertajuk ‘Tempe’, ‘TOKAN’ (Faizal Ismail) bersama Wak Doyok pula tampil dengan sketsa bertajuk ‘Mat Bangla Popular Pergi Anugerah Bangla Popular’, ‘JEBAT’ (Adlin Aman Ramlie) bersama Johan muncul dengan sketsa bertajuk ‘Gangster’. Selepas itu ‘TAKTIH’ (Harun Salim Bachik) bersama Kenchana Dewi mengambil pentas untuk mempersembahkan sketsa mereka bertajuk ‘Rumah Hantu’ dan konsert Kumpulan A saingan ke-3 diakhiri dengan persembahan oleh ‘OOOOO’ (Afdlin Shauki) bersama Khir Rahman yang menggamatkan pentas dengan sketsa komedi mereka yang bertajuk ‘Casting’. Sejurus kesemua anak didik selesai membuat persembahan, penonton akan dihidangkan dengan persembahan juri jemputan iaitu Ronnie Hyper Act yang menyanyikan lagu Bidadari.
Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang 2, Muhamad Sufian Isa:
“Konsert ketiga bagi Kumpulan A malam ini menunjukkan peningkatan dalam mutu persembahan setiap anak didik. Kami sebenarnya terkejut menyaksikan persembahan kesemua anak didik dari Kumpulan A yang saling berentap. Meskipun pada minggu ini setiap anak didik diberi tugas untuk membuat persembahan bersama artis pilihan mereka, namun mereka kelihatan seperti penghibur profesional dan tidak kekok berkongsi pentas bersama artis ternama. Tetapi ingin saya ingatkan kepada semua anak didik agar jangan cepat berpuas hati dan berasa selesa dengan markah serta pujian yang diperolehi kerana tidak mustahil berlaku kejutan yang bakal mengubah persaingan BMB2. Anak didik harus sentiasa meningkatkan prestasi dan memberi persembahan memukau agar tidak disingkirkan pada konsert keempat nanti.â€
Seramai 23 anak didik yang terdiri daripada 1 peserta solo dan 11 peserta kumpulan dipilih untuk menggamatkan saingan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B. Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB2 turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B. Minggu ini, Ronnie Hyper Act tampil sebagai juri jemputan.
Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB2 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Buat penonton dan peminat setia BMB2 bolehlah menghantar undian melalui dua cara iaitu melalui SMS dengan menaip BMB Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau melalui undian di akaun WeChat_BMB2014.
Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB2 bersiaran secara langsung.
Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Program yang dihoskan oleh bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB2.
Ikuti konsert mingguan BMB2 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 – 10.30 malam. Acara kemuncak BMB2 dijangkakan berlangsung pada 22 Jun 2014.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2! Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.
BMB2 menampilkan D’HERBS sebagai penaja utama, WeChat sebagai penaja media sosial rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi dan Hotel De Art sebagai penginapan rasmi peserta.
Berikut adalah carta kedudukan markah anak didik BMB2: