in ,

TMJ Cari Lelaki Ini Kerana Sebuah Video Lagu Pasal Vaksin

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula 13 Januari lalu dimanfaatkan segelintir individu untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka di laman sosial menerusi nyanyian serta gubahan lirik lagu berunsur nasihat.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, ramai rakyat Malaysia yang tampil menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara. Antara yang selalu kita lihat adalah parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang. Antara yang menyerlah dan berjaya menarik menghiburkan rakyat Malaysia adalah azmannaim44mantra yang pernah viral dengan lagu raya PKP.

Percubaan itu nyata tidak sia-sia apabila perkongsian mereka tular di laman sosial hingga meraih ratusan ribu tontonan.

Demi mengetahui kisah di sebaliknya, wartawan Harian Metro menemu bual tiga individu yang menjadi perhatian kerana karya dihasilkan mereka ketika PKP.

“Mungkin ramai yang menganggapnya sebagai gurauan sedangkan ada mesej dan nasihat yang cuba saya sampaikan dalam bentuk sarkastik,” kata bapa dua anak, Mohd Nur Azman Mohd Naim, 36, yang menarik perhatian warganet, baru-baru ini.

Ia berikutan hasil kreativiti Mohd Nur Azman atau dikenali Azman Naim 44 Mantra yang memuat naik videonya menyanyi lagu raya yang diubah liriknya bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa berkaitan PKP di Instagram serta TikTok.

Bercerita lanjut, dia yang menetap di Kulai, Johor tidak menduga video itu mendapat sambutan luar biasa hingga tular kerana niatnya hanya untuk menyuarakan suara masyarakat dalam bentuk lagu.

“Sebenarnya hobi ‘r0sakkan lagu’ atau mengubah lirik lagu ini bermula sejak sekolah lagi dan saya gelarkannya sebagai Coverosak.

“Cuma sebelum ini saya lebih banyak mengubah lirik lagu kumpulan heavy metal.

“Namun saya cuba tampilkan kelainan kali ini dengan menggunakan lagu raya dan mengubah liriknya bersesuaian dengan isu semasa iaitu pelaksanaan PKP 2.0, permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menurutnya, dia terbabit sepenuhnya dalam penghasilan video berkenaan.

“Saya adalah one man show bagi penghasilan video itu kerana melakukannya sendiri bermula dengan mengubah lirik, merakam nyanyian menggunakan aplikasi Smule hingga ke proses suntingan.

“Saya mengambil masa lima hingga 10 minit untuk mengubah lirik dan idea datang secara spontan ketika itu,” katanya yang juga Ketua Pegawai Strategik Nutrivx Sdn Bhd serta Ketua Pegawai Eksekutif SHE Cosmetics Ash Legacy Sdn Bhd.

Mengulas mengenai maklum balas positif diterimanya, Mohd Nur Azman berkata, tiada perkataan mampu diungkapkannya melainkan ucapan terima kasih kepada semua yang menonton dan memberi sokongan.

Dia berharap perkongsiannya itu dapat memberi mesej positif dan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pande.mik C0vid-19.

“Niat saya bukan untuk menjadikan video itu tular, tetapi mengangkat suara orang ramai dan menjadi perantara menerusi lagu.

“Bagi saya, pendekatan menerusi nyanyian dan lagu lebih baik daripada mengajak masyarakat melemparkan komen negatif di laman sosial atau turun berhimpun di jalanan terutama dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Berkongsi perancangannya, Mohd Nur Azman berkata, dia bercadang menghasilkan lagi video nyanyian berkaitan isu semasa, tetapi menunggu waktu yang sesuai bagi membuat rakaman.

“Memang ada perancangan, tetapi saya perlu menunggu pengumuman kerajaan bagi mengetahui apa akan berlaku selepas 4 Februari nanti.

“Ini kerana ada kemungkinan SOP akan berubah, jadi video dihasilkan perlu mengambil situasi semasa,” katanya.

TMJ Cari Lelaki Ini Kerana Sebuah Video Lagu Pasal Vaksin

TMJ Cari

Perkara ini dikongsikan TMJ dalam Instagram Story yang memaklumkan telah dititah Sultan Johor untuk mencari pemilik akaun tersebut. TMJ turut memuji Azman ‘First class’ yang pastinya dapat menghiburkan TMJ dan Sultan Johor.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim di daIam akaun lnstagram baglnda telah memuatnaik sebuah vldeo lagu yang dinyanyikan oleh Azman Naim.

Lagu tersebut yang secara umumnya berkenaan ‘vaksln’ telah menarik perhatlan Tunku IsmaiI dan baginda memuji lagu nyanylan IeIaki tersebut.

Azman yang sedar dirinya sedang dicari Sultan Ibrahim turut memberi maklumbalas terhadap posting TMJ.

Diharapkan agar rakyat Malaysia meneruskan aktiviti seperti azmannaim44mantra kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua. Apapun, salah siapa semua ini, kau tak dapat vaksin? Haha!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Senarai Program Menarik Di Awesome TV Sepanjang Minggu Kebangsaan

Unlock Your Sweet Escape with the LILIT. X Mira Filzah Whimsical Collection