Telekom Malaysia Bhd (TM) dan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd hari ini telah menjalinkan kerjasama untuk membawakan pengalaman digital berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.
Kerjasama ini juga merupakan usaha kedua-dua buah syarikat dalam menyokong Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA.
Menerusi kolaborasi ini, TM menerusi TM WHOLESALE akan menyediakan infrastruktur lengkap sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi , ‘bandwidth‘, ‘backhaul‘ dan akses Internet kepada Astro.
Sekaligus membolehkan TM bersama Astro menyediakan sambungan berkualiti dan diyakini kestabilannya kepada pengguna.
Bagi melengkapkan perkhidmatannya menerusi kolaborasi ini, TM akan turut menyediakan Astro dengan Content Delivery Network (TM CDN), iaitu platfom kandungan terbaru yang dibangunkan mereka.