Baru-baru ini, Budiey ada terbaca gossip tentang seorang pelakon yang semakin meningkat naik dikatakan berubah laku daripada baik kepada tak baik. Gossip itu juga mengatakan antara sebab musabab artis ini berubah iaitu suasana persekitaran dan pergaulannya dengan seorang artis senior yang umum dah tahu tentang tabiat dan situasi sosialnya.
Berikutan dengan itu, beberapa gambar pelakon ini menghisap rokok telah tersebar di internet. Dan ini tidaklah mengejutkan Budiey kerana pernah ada seorang teman media yang pernah nampak dia menghisap rokok. Artis wanita hisap rokok adalah satu benda yang normal. Dah banyak kali Budiey tengok artis wanita merokok. Tak kira senior dan junior. Sama saje. Kalau dia nak merokok sape boleh larang? Ini sangat normal bagi pelakon wanita.
Tapi apabila dikatakan artis minum air kencing setan tu, memang tak boleh terima dek akal dan boleh menjejaskan imej artis Malaysia.
Bila mendapati artis tersebut yang diperkatakan ini ialah pelakon drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah, ramai yang terkejut dengan penampilan beliau dalam drama kegemaran ramai itu sangat berbeza dengan imejnya di luar lokasi.
Dalam B Pop semalam, Tiz Zaqyah telah buat 2 pengakuan & Â 2 penafian:
Penafian:
- Tiz nafi minum arak yang menyebabkan nafasnya berbau arak ketika shooting. Kata Tiz, gosip itu memang mengarut. Tak pernah berlaku!
- Tiz taklah berkawan ‘rapat’ sangat dengan seorang pelakon yang dimaksudkan. Berkawan hanya kerana mereka sama-sama berlakon dalam drama yang sama.
Pengakuan:
- Tiz mengaku pernah masuk kelab hiburan menemani pelakon drama popular. Itupun selepas selesai shooting. Habis shooting, Tiz bersama artis lain dan krew makan-makan.
- Tiz mengakui pernah berlaku kejadian sehingga krew produksi terpaksa ketuk pintu rumahnya sebab tak bangun tidur untuk ke lokasi pengambaran. Bukan kerana terlalu mabuk sebab minum arak terlalu banyak. Sebaliknya, Tiz kata masa tu, dia sangat letih kerana terpaksa shooting back to back sehari sebelum tu.
Apa pun tanggapan orang, Tiz tak nak masyarakat di luar sana buat tuduhan melulu mengatakan perangainya dah ‘rosak’ kerana dia berkawan dengan seorang artis yang dikatakan ‘dah rosak’. Tak adil menuduh begitu. Tak baik berprasangka buruk terhadap orang lain.
Dari mana gossip ini datang, masih belum dipastikan. Mungkin ada si pemerhati yang salah buat tanggapan atau ada yang sengaja mahu buat gosip liar untuk menjatuhkan imej Tiz Zaqyah. Mungkin ada yang cemburu melihat nama Tiz sekarang ni dah makin popular. Takde benda lainlah, mula nak jatuhkan populariti dengan menabur fitnah. Maklumlah, dengar-dengar, banyak tawaran drama yang Tiz dapat hingga tak de masa untuk berehat. Sehingga tercalon dalam senarai finalis ABP 2009.
Semoga Tiz tabah hadapi ujian. Good luck!