Sebelum ini pelakon Ayda Jebat pernah kongsikan pengalaman dia mendapat mesej berbaur lucah daripada pengguna di sosial media, kini giliran Tiz Zaqyah pula mendedahkan individu yang berkelakuan tidak sopan itu. Pagi 20 Oktober ini Tiz secara terbuka meluahkan rasa marahnya terhadap seorang lelaki yang dengan selamba meninggalkan mesej lucah terhadapnya.
Menerusi perkongsian di Insta Story semalam, pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa meluat dan bengang terhadap sesetengah individu yang tanpa segan silu menghantar pesanan berupa gambar lucah kepadanya.
Menurut Tiz, dia akui terkejut apabila menerima kiriman gambar berupa kemaluan lelaki menerusi Direct Message (DM) menerusi video memasak yang dimuat naik di platform tersebut.
“Itu video saya tengah memasak tu. Kau bayangkan adik, kakak atau anak kau menerima gangguan sebegini. Kau diam je ke? Tak tahulah akaun palsu ke apa ke. Ramai sangat orang macam ni.
“Jadi? Sekat dan abaikan, lepas tu boleh saya tahu apa akan jadi kepada mereka?Masih bernafas udara yang sama dan menikmati kehidupan dengan bebas pada masa sama masih memburu wanita lain pula. Takkan senang sangat kot?” katanya.
– Tiz Zaqyah
Tiz berkata dia tampil mendedahkan perkara terkutuk individu berkenaan adalah untuk mewakili wanita-wanita di luar sana yang tertindas dengan sikap jelik segelintir golongan lelaki.
“Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa. Bukannya setahun dua di media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini dan berharap tiada perkara buruk terjadi pada hari mendatang?
“Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan ini manakala pelakunya diam dan hidup bersenang-lenang ibaratnya mereka berhak? Aku pun taknak kecoh-kecoh, tapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ni? Senangnya hidup kau,” katanya.
– Tiz Zaqyah
Dalam pada itu, Tiz sempat berkongsikan mengenai kru produksi yang dibuang kerja gara-gara menyorok di sebuah bilik tempat artis menyalin pakaian dan tertanya-tanya sampai bilakah wanita terpaksa berhadapan dengan ancaman seperti ini.
“Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju.
“Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu? Dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas. Naik kepalalah kan,” kongsinya.
– Tiz Zaqyah
Dalam masa yang sama, Tiz juga memberitahu bahawa ada seorang pekerja di set pengambaran telah dibuang kerja kerana menyorok di dalam bilik salin baju.
Apa yang menjadi tekanan bagi Tiz ialah individu yang melakukan perkara terkutuk itu di dalam media sosial dan tidak dikenakan tindakan lanjut.
*Sumber: IG Tiz Zaqyah