TIPS UNTUK KEKAL SIHAT SEPANJANG RAMADAN DALAM PROGRAM MAJALAH : SIHAT RAMADAN DI TV1
Pengambilan makanan yang sihat seperti makanan yang mengandungi protein dan zat sememangnya penting bagi mengekalkan kesihatan badan. Apatahlagi bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa menahan nafsu makan di siang hari. Justeru pendedahan dan tips-tips menjaga kesihatan amat berguna untuk dijadikan panduan supaya walaupun berpuasa, mereka masih mampu mengekalkan kesihatan masing-masing.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang banyak menghidangkan program-program khas sempena Ramadan ini tampil dengan sebuah program majalah yang memberikan tips-tips berguna untuk kekal sihat sepanjang bulan Ramadan bertajuk Sihat Ramadan disiarkan mulai 27 Ogos 2009 lalu, setiap Khamis, jam 10.05 pagi di TV1 sepanjang 4 episod siarannya.
Menampilkan pengacara penyanyi dan juga pelakon Bienda, menerusi episod pertama Sihat Ramadan membawakan tumpuan penonton yang sentiasa mementikan kesihatan dalam kehidupan seharian mereka fokus Dari Meja Pakar mengutarakan tentang pengambilan cecair yang mencukupi bagi mengekalkan tahap kesegaran dan kecerdasan diri.
Episod kedua, Ramadan Penawar bakal mengutarakan soal penyakit dan ibadah berpuasa. Salah satu sebab utama yang mengharuskan seseorang itu meninggalkan puasa ialah penyakit yang dialami. Contohnya, penyakit yang sering menjadi topik hangat di bulan puasa iaitu serangan gastrik. Istimewanya turut mengundang dua pakar, Dr. Ibrahim Syuib dan Nurul Aziah Musa untuk berkongsi pengetahuan masing-masing dalam bidang kepakaran mereka ini.
Kemudiannya dengan tajuk, Ummi di mana mengetengahkan beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil dan inilah yang akan cuba dikupas di dalam segmen ini yang akan diterangkan secara terperinci dan lebih mendalam lagi oleh Dr. Mohamed Rafi dan Nurul Aziah Musa.
Sebagai penutup tirai program kesihatan terbitan Pujangga Kreatif Sdn Bhd ini ditampilkan tajuk Petua Ramadhan di mana segmen ini menerangkan tentang perkara yang perlu dielakkan ketika bulan Ramadan. Antaranya yang paling popular ialah aktiviti sihat azam untuk berhenti merokok yang akan diterangkan oleh pakar undangan, Dr. Muhammad Salleh, Zubaidah dan Nurul Aziah Musa.
Malah program bersiaran sepanjang setengah jam ini turut diserikan dengan kehadiran artsi undangan anataranya pasangan suami isteri, Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman, Alliza Abdullah @ Enot, Sharifah Shahirah dan Ijoy juga Ifa Raziah.
Untuk anda penonton setia RTM yang ingin berkongsi tips-tips berguna untuk mengekalkan tahap kesihatan sepanjang Ramadan ini, usah ketinggalan menyaksikan program Sihat Ramadan disiarkan mulai 27 Ogos 2009 lalu, setiap Khamis, jam 10.05 pagi di TV1.