in

Tips Memberus Gigi Dengan Berkesan & Apa Kata Selebriti?

Setiap hari kita memberus gigi. Kat pasaran sekarang banyak gak berus gigi. Macam-macam jenis berus gigi ada. Budiey pun kekadang pening nak pilih yang mana satu. Apa-apa pun cara memberus tu penting gak kan? Ada ketika Budiey masa berus gigi tu, gigi Budiey berdarah. Tak tahu pulak kenapa.

Mungkin terlalu menekan atau memberus dengan kasar atau menggunakan berus gigi yang tak sesuai. May be gak la. Itulah tabiat memberus gigi yang tak boleh Budiey elak. Cakap pasal tu, berapa orang je dari kita yang tahu cara yang betul nak berus gigi? Haa… satu soalan yang sukar untuk dijawabkan.

Berus Gigi Systema

Budiey sendiri sampai sekarang duk asyik gosok gigi, tapi rupanya cara yang Budiey buat tu salah. Itu pun setelah Budiey dan Cyrill hadir di event Kempen LOVE AT FIRST BRUSH anjuran Systema. Khabarnya, ramai sekali rakyat Malaysia terpikat dan puas hati dengan keberkesanan berus gigi tirus Bristle dari Systema 0.02mm ni. Jadi… bila dengar ramai yang dah guna berus gigi ni, kami pun apa lagi. Rasa berminat la jugak nak guna.

Rasanya, jenama berus gigi ni tak perlu diperkenalkan lagi ya. Systema, berus gigi jenama nombor 1 di Jepun dikatakan semakin menjadi trending dengan cepat menjadi kegemaran di Malaysia, telah menyatakan dengan misi mereka untuk merapatkan jurang apabila ia hadir dengan produk berus gigi yang menyedarkan tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan mulut yang lebih baik dengan menyebarkan kesedaran mengenai memilih berus gigi yang betul kepada lebih ramai orang.

Berus Gigi Systema

Budiey diberitahu, ramai selebriti yang dah menggunakan produk Systema ini. Antaranya, Abby Fana iaitu penyampai radio SinarFM, penyampai MixFM iaitu Prem dan Aishah Sinclair, penyampai radio EraFM iaitu Haniff Hamzah dan ramai lagi lah.

Berus Gigi Systema

Deejay Prem MixFM telah berkongsi cerita tentang produk ini di mana beliau telah dapat mengatasi kesukaran dalam membersihkan plak dalam jangkauan-kawasan yang sukar untuk di dalam mulut terutama apabila dia memakai penyokong gigi. Dia beralih ke Systema dan menjaga gigi beliau telah lebih mudah dengan kesakitan yang kurang pada gusi tendernya juga.

Berus Gigi Systema

Ia telah terbukti bahawa bulu tirus lembut seperti yang terdapat di berus gigi Systema boleh menembusi gigi dan di celah-celah gigi dengan lebih baik, pada masa yang sama ia lembut pada gusi. Kajian telah menunjukkan bahawa dipatenkan 0.02mm bulu tirus lembut Systema dapat membersihkan sehingga 40% lebih baik di-antara gigi dan 9x lebih baik sepanjang garis gusi.

Penyampai radio MixFM, Aishah Sinclair pula memberitahu dia mula mengalami pendarahan gusi semasa mahu melahirkan anak pertama beliau. Dia juga ada tabiat memberus gigi dengan kuat. Setelah buat pemeriksaan, doktor gigi ada mengatakan bahawa dia mempunyai tanda-tanda masalah dengan gusi, dan mengesyorkan berus gigi yang berbulu lembut. Aishah telah menggunakan Systema sejak lima tahun yang lalu, dan sekaligus dapat mengatasi gusi berdarah. Jenama berus gigi Systema adalah tiga kali lebih lembut pada gusi dan ia dapat mengurangkan tekanan memberus sebanyak 66%.

Sementara itu, Haniff Hamzah, tulang belakang ERA FM ini mengakui dia suka dengan berus gigi di mana ukuran 0.02mm bulu tirus Systema yang membersih 40% lebih baik. Ini dapat mengatasi masalah makanan yang melekat di celahan gigi.

Penyampai Sinar FM, Abby Fana pula seorang yang obses untuk memiliki gigi yang bersih. Sentiasa berada di tempat kerja, menjadikan Abby Fana jarang berpeluang untuk guna flos tetapi sejak dia menggunakan Systema, dia merasakan giginya bertambah bersih.

Kaji selidik pengguna mendedahkan bahawa 8 daripada 10 pengguna suka berus gigi Systema selepas mereka menggunakan berus pertama mereka, dan telah beralih daripada bukan tirus keras bulu berus gigi mereka untuk menikmati faedah daripada 0.02 mm dipatenkan bulu tirus lembut jenama yang membersihkan lebih perlahan-lahan lagi teliti.

Berus Gigi Systema

Kami tanpa sengaja sebenarnya untuk sampai di event anjuran Systema dengan kerjasama Watsons Personal Care Store ni. Kebetulan Cyrill mengajak untuk menonton wayang di hujung minggu yang lalu. Jadi, dia pun tertarik nak tahu cara yang berkesan untuk menjaga gigi. Tambah-tambah di bulan puasa ni, kan? Mulut mudah berbau dan kita pun nak kena jaga kebersihan mulut.

Berus Gigi Systema

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web Systema www.loveatfirstbrush.com dan apa kata korang pergi LIKE je Fanpage Systema.

Kat laman micro ini, korang akan dapat mengetahu cara yang betul untuk berus gigi. Ramai yang dah guna berus gigi Systema ni dah mengesyorkan kepada kawan-kawan dan juga semua keluarga mereka untuk menggunakan berus gigi yang sama. Tak hairanlah kalau berus gigi ni dah jadi satu benda yang perlu ada di bilik mandi setiap rumah di Malaysia.

Berus Gigi Systema

Sebenarnya, persepsi rakyat Malaysia mengenai kesihatan mulut yang baik mungkin tidak tepat. Berdasarkan Kajian Kesihatan Oral Kebangsaan 2010, 95% daripada orang dewasa di Malaysia melihat bahawa mereka mempunyai kesihatan mulut yang baik.

Walau bagaimanapun, satu dari tiga masalah kesihatan mulut masih dialami oleh orang kita di mana ia menjejaskan kualiti hidup mereka dalam tempoh tiga bulan. Masalah ini menjadikan penyakit periodontal di kalangan orang dewasa semakin meningkat di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu.

Berus Gigi Systema

Yang penting, semua pengunjung yang datang ke roadshow yang diadakan dari 6Jun 2016 hingga 12 Jun 2016 iaitu pada minggu lepas yang lalu boleh menerima pemeriksaan gigi percuma dengan menggunakan teknologi kamera pergigian intra-oral yang memang canggih giler di mana ia dapat membuktikan kepada kita keadaan dan kebersihan gigi yang sebenar. Terkejut juga saya dan Cyrill bila dapat tahu dan lihat sendiri bagaimana keadaan sebenar gigi kami. Fuh, rasa seriau pun ada. Ingat kita dah berus bersih dah, tapi rupa-rupanya… hmmm banyak lagi kekotoran yang melekat kat celah gigi ni. Sekaligus ia membuka mata dan menyedarkan kami betapa pentingnya menggunakan berus gigi yang betul dan berkesan.

Semasa sampai di sini, kami diberi penerangan serba sedikit tentang produk berus gigi ni. Kat situ juga kami bernasib baik sebab ada pakar pergigian yang bagi nasihat kepada kami supaya membersih gigi dengan cara yang betul. Siap dia buat demonstrasi lagi. Memang elok gak datang jenguk roadshow yang macam ni sebab kita dapat berinteraksi dengan doktor secara mutual. Selebihnya, kita ada peluang untuk bertanya segala persoalan dan masalah gigi kita kepada pakar pergigian. Barulah kita tahu, apa yang tak boleh kita buat, pantang larang dan juga cara nak cari berus gigi yang sesuai dengan gigi kita. Bukan main hentam je nak berus kan?

Cyrill juga berkesempatan untuk melalui proses imbasan gigi yang dijalankan di situ. Hasil imbasan menunjukkan bahagian bahagian yang telah diliputi oleh plak gigi yang disebabkan proses memberus gigi yang tidak tepat. Fuh! ngeri gak tengok kan? Ingat ke dah berus bersih-bersih dah.

Berus Gigi Systema

Oh ya, ada tujuh kesemua jenis berus gigi dari Systema ni. Selain tu, kami sempat buat scan gigi. Jadi, Cyrill rasa sangat teruja nak guna lalu dia membeli satu set berus gigi ni untuk digunakan. Punyalah baik hati kawan Budiey sorang ni, dia pun mahu belanja Budiey satu set berus gigi Systema.

Pengalaman Menggunakan Berus Gigi Systema

Dalam banyak-banyak berus gigi, Budiey memilih untuk menggunakan berus gigi yang tirus dengan berus yang lembut berbanding dengan berus yang keras yang mana menyakitkan gigi dan juga gusi. Sebelum ini, Budiey guna berus gigi yang keras, kadangkala ia menjadikan gusi berdarah. Cara nak gunakan senang sahaja di mana kita tak perlu nak menekan sangat gigi kita tu, hanya berus dengan perlahan tapi penuh teliti.

Semasa kali pertama menggunakan berus gigi ini, Budiey dah merasakan ada perbezaan yang ketara. Kalau dulu, Budiey suka guna berus gigi yang keras, sekarang apabila bertukar kepada berus gigi yang lembut, Budiey rasa gigi sangat bersih, tanpa ada sisa makanan di celah gigi lagi dah. Apa yang ketara ialah, gigi Budiey tak lagi berdarah. Kalau dulu, setiap kali berus gigi, gusi mesti berdarah. Lagi pun, Budiey tak perlu lah lagi nak gosok gigi dengan tekanan yang kuat kerana berus gigi ini sangat sempurna dari segi pembuatannya. Selain lembut dan tirus, berus gigi ini senang untuk digenggam. Jadi, selepas ini, Budiey akan terus menggunakan berus gigi jenama ini.

Kami difahamkan berus gigi ini diilhamkan oleh warisan dari Jepun, di mana berus gigi ini dapat memberikan kesihatan mulut dan ternyata berkesan sekali di mana jenama Systema ini dipercayai dapat menjaga 20 lagi gigi pengguna walaupun sudah berumur 80 tahun.

Budiey kira, kempen LOVE AT FIRST BRUSH dari Systema ini mencapai misinya untuk membantu 1 juta rakyat Malaysia untuk beralih kepada yang bulu tirus berus gigi yang lembut untuk permulaan yang baik untuk penjagaan gigi yang lebih baik. Budiey dah pun menggunakan berus gigi ini ternyata, sangat senang dan mulai jatuh cinta dengan berus gigi ini dan tak mau dah bertukar dengan jenama yang lain. Gigi Budiey pun dah bertambah bersih, putih, tiada masalah plak pada gigi dan gigi juga tidak lagi berdarah semasa memberus. Waah gitu. Macam iklan la pulak kan. Tapi ini pengakuan betul dari kami.

Berus Gigi Systema

Berus Gigi Systema

Berus Gigi Systema

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem ICE AGE: COLLISION COURSE

Konsert AFGAN – SIDES Live in Malaysia 2016 di PWTC