Terus terang, Budiey akui Budiey ni jenis suka boros dan shopaholic sangat. Nafsu membeli tu sentiasa membuak-buak je setiap hari tak pernah nak padam. Shopping pulak barang-barang branded. Apa taknyer kan. Sentiasa tak puas, ada-ada aje benda yang Budiey nak beli. Kekadang tu, benda tu tak perlu sangat pun. Kalau fikir balik, membazir je beli. Kalau nak sesuatu barang tu, mesti kena beli jugak. Tu lah, nak jadi perfectionist sangat kan. Sekarang rasakan!
Hari ini, Budiey berazam untuk belajar berjimat. Insaf kejap bila tengok duit dalam bank makin berkurangan. Yelah, kos sara hidup dah makin meningkat. Harga barang makin mahal. Ini semua mendesak Budiey berfikir untuk jimat berbelanja.
Tahukah anda, barang yang berharga dua atau tiga ringgit boleh jadi ratusan ringgit dalam sebulan. Kalau tak caya, cuba korang rekod pembelian anda satu persatu. Budiey sendiri terkejut bila kali pertama melihat rekod perbelanjaan. Memang banyak jugak Budiey belanja dalam seminggu. Ye lah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Contohnya, beli keropok, aiskrim pun sampai dua ratus sebulan, makan luar pun sampai enam kali dah RM700 sebulan.
Orang cakap, kalau setiap hari kita suka boros, pasti susah nak ubah tabiat tu dengan segera. Tapi Budiey dah jumpa caranya. Jadi, Budiey nak kongsikan dengan anda semua cara untuk berjimat dengan berkesan. Okay, caranya ialah MEREKOD SEGALA PERBELANJAAN ANDA.
Jadi, kenapa pentingnya merekod perbelanjaan ni? Okay jawapannya mudah, bila kita rekod, kita akan mengetahui lebih tepat di mana wang kita dihabiskan. Budiey tahu, benda ni sangat leceh atau remeh temeh bagi sesetengah dari anda. Tapi Budiey kira, ini satu cara paling efektif untuk jimatkan wang saku. Sekurang-kurangnya, kita akan lebih berwaspada untuk berbelanja. Kesannya, kita akan berjimat cermat dan menyimpan dengan lebih banyak.
Apa kata, mulai hari ini, anda cuba cara Budiey buat ni. Sediakan satu buku nota kecil. Atau zaman sekarang dah lebih canggih. Download je sebarang aplikasi ‘budget your money’ di telefon bimbit anda. Haaa… lagi mudah sebab kita boleh bawa ke mana sahaja kan?
Cara yang betul akan membuahkan hasil dan mengelakkan anda dari bosan merekod. Ya, Budiey pun pada mulanya bosan merekod ni. Cara yang mudah agar kita tak bosan ialah Budiey tak rekod dengan tepat. Takkan la gula-gula lima posen nak rekod dengan tepat kot. Pitam la nak cari lima pose dibelanjakan tu. Caranya, Budiey akan lihat berapa baki awal dalam dompet dan selepas berbelanja, berapa wang yang tinggal.
Contoh, katakanlah baki awal dalam dompet ada RM100. Selepas berbelanja wang yang tinggal RM60. Ini bermakna wang yang anda belanjakan ialah RM60. Jika guna kad kredit, barulah senaraikan secara details mengikut resit pembelian. Setiap bulan, tengoklah berapa RM kita belanjakan? Dari situ, kita akan melatih diri kita berjimat cermat mengikut keperluan dan kemampuan, betul tak?
Cakap pasal jimat cermat dan tips menyimpan ni, Budiey dapat tahu, McDonald’s sekarang ini melancarkan promosi Jimat-Jimat McD.
Budiey rasa, sangat wajar kempen macam ni diadakan di tengah-tengah ekonomi yang makin meruncing ni. Nama pun JIMAT-JIMAT, jadi tujuannya untuk menjimatkan wang saku kita. Setidak-tidaknya, Jimat-Jimat McD ni dapat melegakan hati rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada semua untuk menikmati masa makan di McDonald’s. Budiey percaya dengan Jimat-Jimat McD ni, Budiey dapat makan banyak tanpa membazirkan wang. Eh?
Kalau kira balik berapa RM Budiey habiskan untuk makan dalam sehari:
Sarapan: RM6.00
Makan Tengahari: RM20
Makan Malam: RM15
Jumlah: RM41
Dalam sehari, Budiey habiskan lebih kurang dalam RM41 untuk belanja makan-minum. Korang pulak macamana? Agak-agak ada yang lebih banyak la kan?
Okay, kita tengok berapa RM kita boleh jimat dengan promosi Jimat-Jimat McD ni.
Nah, ini dia antara promosi sekarang ini sedang berlangsung di semua cawangan McDonald’s:
1. Semasa bersarapan pagi, Budiey hanya beli sausage McMuffin dengan Telur dengan hanya membayar RM2.95 sahaja. Haa, promosi ini sah dari Isnin hingga Jumaat, jam pagi hingga 11 pagi.
Kalau kira balik berapa RM kita belanjakan untuk bersarapan, makan tengahari dan makan malam dalam sehari… memang menjimatkan.
Biasanya, kalau sarapan biasanya Budiey akan habiskan dalam maksimum RM6.00 tapi dengan promosi Jimat-Jimat McD ni, Budiey dah boleh jimat banyak sangat dah. Dalam RM3 boleh save duit. Yang penting, McMuffin dengan Telur ni sangat mengenyangkan.
2. Beli satu Ayam McCountry, percuma satu dari Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi hingga 4 pagi. Kalau pergi makan kat McDonald’s setiap hari pun tak pe kalau macam ni sebab Budiey boleh jimat berkali ganda. Beli satu dapat satu. Kira berbaloi la tu kan?
3. Beli tiga jenis set Happy Meal untuk hanya RM5.95 setiap satu dari Jumaat hingga Ahad, jam 11 pagi hingga 4 pagi. Untuk anak-anak pula, promosi ini sangat menjimatkan sebab harga RM5.95 untuk satu Happy Meal memang dah berbaloi dan menggembirakan anak-anak.
Haaa… tengok betul-betul… jimat tak?
Jadi, kalau hitung balik berapa RM dalam seminggu? Haaa, kira lah sendiri! Kompem sepanjang promosi Jimat-Jimat McD ni, Budiey dah boleh kumpul duit lebih sikit.
Akhir sekali, Budiey nak tekankan kat sini, berjimat cermat dalam semua aspek kehidupan adalah jalan untuk membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup.
Orait, nak tahu lebih lanjut tentang penjimatan besar-besaran di McDonald’s, apa kata anda boleh dapatkan info di: www.facebook.com/My.McDonalds