Dalam 13 episod program santai kekeluargaan ini, hos Nazeera Sardi akan menemu bual tiga orang tetamu undangan dalam tiga segmen masing-masing. Perkongsian segmen ‘Memujuk Hati’ mengupas isu dan permasalahan mengetengahkan seorang penceramah bebas atau pakar motivasi. Diikuti segmen ‘Dari Fail’ mengundang peguam syarie berkaitan perundangan syariah dan juga jalan penyelesaian dalam kehidupan berumah tangga.
Kemunculan pasangan selebriti berkongsi pengalaman dan rahsia dalam memupuk kebahagiaan rumah tangga pula pada segmen akhir, ‘Harmoni’.
Episod pengenalannya hos menemu bual Ustaz Mohamad Abdullah AlAmin, penceramah bebas membincangkan punca tidak persefahaman antara suami isteri yang menjadi punca keretakan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.
Disusuli dengan segmen kedua ‘Dari Fail’ bersama Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian yang boleh dituntut pada pihak isteri.
Episod ini diakhiri dengan segmen ‘Harmoni’ menampilkan selebriti terkenal Faizal Hussien berkongsi pengalaman dan rahsia dalam memupuk kebahagiaan rumah tangga.
Episod Dua
Topik pasangan suami atau isteri yang menggunakan laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan sehingga menjejaskan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ Temu bual bersama Mohd Faiz Adnan, seorang peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian fasakh. Segmen ‘Harmoni’ temubual bersama Azza Elite.
Episod Tiga
Topik suami atau isteri yang kerap mengungkit kesilapan silam sehingga menjejaskan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut bersama-sama pakar motivasi Dr. Robiah K.Hamzah. Diikuti temu bual bersama Mohamad Isa Abd Ralip, seorang peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian fasakh taklik. Segmen ‘Harmoni’ bersama-sama pelakon Qazem Nor.
Episod Empat
Topik suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab sehingga menjadi bebanan untuk pasangan masing-masing dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ Ahmad Nazib Johari, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian nusyuz. Segmen ‘Harmoni’ mengundang Yatt Hamzah.
Episod Lima
Topik membincangkan campur tangan pihak ketiga dalam sesebuah rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perkahwinan berwalikan hakim di mahkamah. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual bersama Zila Bakarin.
Episod Enam
Topik kekangan sumber pendapatan yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Mohamad Isa Abd Ralip, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian talak. Segmen ‘Harmoni’ hos menemu bual pelakon Haeriyanto Hassan.
Episod Tujuh
Topik suami atau isteri yang tidak menjadi pendengar yang baik bagi pasangan masing-masing dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Mohd Faiz Adnan, peguam syarie berkongsi tentang hak mendapat penjagaan anak setelah bercerai. Segmen ‘Harmoni’ bersama-sama Watie Sadali.
Episod Lapan
Topik kepentingan berkomunikasi baik antara suami isteri dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual bersama Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie tentang pendaftaran perkahwinan yang telah berlangsung di luar negara. Segmen ‘Harmoni’ mengundang penyanyi dan pelakon Safura Yaacob.
Episod Sembilan
Topik pasangan suami atau isteri yang selalu sibuk dengan aktiviti luar sehingga mengabaikan keluarga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Mohamad Isa Abd Ralip, peguam syarie tentang perceraian khuluk atau tebus talak. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual penyanyi Bienda.
Episod Sepuluh
Topik pasangan suami atau isteri yang terbiasa meninggikan suara sewaktu marah atau berbincang dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ bersama Mohamad Isa Abd Ralip, peguam syarie berkongsi berkenaan tuntutan muta’ah oleh bekas isteri. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual bersama pelakon Azhar Sulaiman.
Episod 11
Topik kesuraman rumah tangga hingga membawa kepada perceraian dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie berkenaan lafaz talak. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual pelakon Nina Fazurina.
Episod 12
Topik pasangan suami atau isteri yang suka mengungkit kesalahan yang sudah berlalu dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Ahmad Nazib Johari, peguam syarie berkongsi pengalaman dan cabaran dalam mengendalikan kes syariah. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual Azrul Raja Lawak.
Episod 13
Topik pasangan suami atau isteri yang menjadi pemalas setelah berkahwin dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ bersama Mohd Faiz Adnan, peguam syarie berkongsi pengalaman dan cabaran dalam mengendalikan kes syariah. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual pelakon Shahrolnizam.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.