Berkongsi tip tentang penjimatan wang dan juga menunjuk cara memasak makanan lazat dan berkhasiat dengan bajet yang kecil, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program majalah Inggeris,“Save Money Good Food” sedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 109).
Menampilkan gandingan hos rancangan Susanna Reid dan Cef Matt Tebbutt, 13 episod program ini berkongsi menunjukkan cara bagaimana sebuah keluarga dapat menjimatkan duit dengan mengamalkan kaedah-kaedah yang mudah. Di samping itu, mereka memberi tip dan tunjuk ajar tentang kaedah penjimatan wang dan pembelian secara pintar.
Dalam episod pertama, Susanna dan Cef Matt Tebbutt membantu keluarga Manoj dan Amy di Yorkshire. Mereka berkongsi maklumat dan tip dengan mereka supaya makanan yang disediakan bukan sahaja lazat serta sihat malah disediakan dengan sebahagian kecil daripada kos sebenar. Seterusnya, Matt menyediakan dan mengajar mereka berdua beberapa hidangan dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam dapur mereka. Kemudian Amy dan Manoj diberi tip-tip untuk memilih dan membeli barang dapur dengan bajet yang kecil.
Seterusnya mereka melawat keluarga Richard dan Molly Sayers di Cheshire yang menghadapi masalah kerana bajet yang diperuntukkan untuk pembelian makanan selalunya tidak mencukupi. Mereka selalu meraikan tetamu di rumah dan ini menimbulkan kos pembelian makanan bertambah naik. Satu hari mereka merancang menjemput kawan-kawan menyambut Easter dan mereka bersama-sama menyediakan beberapa jenis hidangan yang lazat dengan kos yang sangat rendah.
Hos mengunjungi keluarga Steven dan Amy serta dua orang anak mereka Archy dan Harry. Steven dan Amy mengaku bahawa mereka banyak membazir dan membuang makanan. Semasa di rumah mereka, Susanna dan Matt memasak beberapa hidangan yang lazat dan berkhasiat dan juga berkongsi maklumat dan tip-tip bagaimana Steven dan Amy boleh merancang pembelian barang dapur dan seterusnya menjimat duit. Kemudian Matt juga mengajar Steven dan Amy bagaimana mereka dapat menyediakan hidangan yang lazat daripada “leftovers”.
Kongsi kisah keluarga Nicky dan suaminya Simon Austin yang suka membeli barang-barang dapur yang mahal, dan dengan membuat demikian bajet untuk pembelian makanan melambung naik. Susanna dan Matt melawat rumah mereka dan mengenal pasti di mana Nicky boleh menjimat kos semasa membeli barang dapur. Seterusnya, Matt menyediakan hidangan lazat dari bahan-bahan yang telah pun dibuang oleh Nicky, walau pun bahan-bahan itu masih boleh digunakan lagi.
Berikutnya bersama-sama keluarga Dave dan Sharon di Liverpool yang bekerja sepenuh masa, dan mereka kesuntukan masa untuk memasak. Oleh yang demikian mereka kerap kali menyediakan makanan “ready to eat”yang dibeli dari pasar raya. Oleh yang demikian mereka berbelanja lebih dan makanan tidak pun begitu berkhasiat. Matt menunjuk ajar kepada Dave dan Sharon cara menyediakan hidangan yang lazat dengan masa yang terhad.
Dalam episod lain, mereka mengunjungi keluarga Paula dan Ian dan empat orang anak lelaki mereka. Paula seorang suri rumah tangga, kerapkali memasak hidangan yang sama yang membosankan keluarga mereka. Seterusnya, Matt menunjuk ajar dan memasak hidangan yang lazat, berkhasiat dan berbeza dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur Paula.
Susanna dan Cef Matt Tebbut turut meluangkan masa bersama-sama keluarga Shawn dan Irene yang selalunya memasak berlebihan dan seterusnya baki hidangan tersebut dibuang. Tambahan lagi mereka tidak suka makan “frozen left overs”.Pembaziran makanan sedemikian menyebabkan kos pembelian makanan terlalu tinggi. Seterusnya, Matt menunjuk ajar dan memasak hidangan yang lazat, berkhasiat dan berbeza dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur Irene.
Berkongsi kemeriahan sebuah keluarga yang mempunyai seramai lima belas orang ahli. Keluarga Wilkinsons dari North London. Montania dan suaminya Mark mempunyai masalah kerana perlu memasak hidangan yang berlainan untuk ahli keluarga yang berlainan umur. Oleh yang demikian kerap kali banyak makanan di buang dan pembaziran ini menyebabkan pembelanjaan untuk makanan meningkat naik. Seterusnya, Matt menunjuk ajar dan memasak hidangan dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur Montania. Di samping itu, hidangan-hidangan tersebut juga dapat menjimatkan duit.
Ikuti banyak lagi tip dan perkongsian menarik dalam program ini di TV Okey (Astro 109).
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.