in , ,

Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena

Percaturan nekad pasangan suami isteri meninggalkan kerjaya badan beruniform dan menceburi bidang perniagaan menerusi Lovaa Cosmetics membuahkan hasil.

Melangkah berani ketika fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan Mac tahun 2020 dengan menjual 2StepEyeliner atau celak mata dengan fungsi dwicara, jenama Lovaa Cosmetics pantas mencuri perhatian hingga mencetus fenomena dengan terjualnya 300,000 unit seluruh Malaysia.

Ditunjangi posisi isteri, Suzieyana Hijau, 29, sebagai pengasas dan suaminya, Muhammad Syarizal Mohd Deno (Ketua Pegawai Eksekutif), 26, jenama yang melawan arus kebiasaan pasaran kosmetik di Malaysia itu hadir dengan konsep berinovasi, ‘pelik’ dan kreatif.

Tidak menunggu lama, November lalu, jenama itu memasarkan produk kedua iaitu kit pembentuk alis mata diberi nama Eyebrow Kit #SakaKeningLovaa. Dalam tempoh sebulan sahaja, ia ternyata laku keras hingga terjual lebih 110, 000 unit.

Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena

Hingga kini, tanda pagar diperkenalkan untuk produk itu, #SakaKeningLovaa hit lebih 10.5 juta tontonan di aplikasi Tiktok. Atas sebab itu juga jenama itu mahu menaik taraf produk kit alis mata itu dengan pembaharuan dari segi imej dan ciri-ciri baru, namun dengan harga yang sangat berbaloi.

“Tak ketinggalan kami hadirkan dua kepala pelukis dengan dua pilihan warna berbeza sesuai dengan wanita Asia. Kami akan melancarkan Eyebrow Kit #SakaKeningLovaa baharu itu pada 13 Februari ini.

“Kami anggarkan jualan kali ini boleh terjual lebih 150,000 unit dalam tempoh kurang sebulan. Kami juga ingin terus membantu suri rumah khususnya wanita  untuk menjana pendapatan lumayan. Ketika ini kami ada 1000 agen di seluruh negara, Brunei dan Singapura. Mendatang kami nak lebarkan sayap untuk orang Indonesia jadi agen pula,” kata Suzieyana.

Suzieyana yang pernah bertugas sebagai anggota polis itu berkata, dia dan suami berfikir di luar kotak dan zon selesa dalam memasarkan produk kosmetik ‘pelik’ mereka.

Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena

“Kami menawarkan kosmetik berinovasi dan kreatif ini, yang pada mulanya dirasakan pelik atau unik. Tapi misi untuk wujudkan produk yang memberi solusi mudah untuk mereka yang tidak pandai bersolek ternyata berhasil melalui sambutan yang sangat luar jangkaan.

“Kami mengambil idea penghasilan produk dari luar negara yang ternyata lebih ke depan. Ironinya kita di Malaysia ketinggalan dan terkebelakang dalam hal ini.

“Ikutkan kami mahu mengikut cara kebiasaan kosmetik tempatan yang mengeluarkan produk hampir sama dan hanya berbeza melalui pembungkusan, tekstur dan formula. Tapi apa guna mengikut persamaan itu kalau kita boleh wujudkan idea baharu. Justeru kami nekad ambil risiko dan memberanikan diri menjadi satu jenama yang unik itu,” kata Suzieyana.

Sementara itu, Muhammad Syarizal pula percaya jenama mereka bukan dipasarkan untuk merumitkan golongan wanita mahupun sekadar kosmetik biasa.

“Kami optimis dengan gerakan haluan berbeza menerusi kosmetik mudah, ringkas dan kreatif.Isteri saya sendiri akur dia bukan pandai sangat bersolek pada awalnya. Begitu juga dengan majoriti golongan wanita di luar sana. 

“Lalu Lovaa yang diinspirasikan daripada perkataan ‘Love’ atau cinta itu umpama kasih sayang yang dizahirkan menerusi produk solekan kami yang memudahkan rutin solekan mereka, semuanya senang.

“Pendek kata ‘kasih sayang’ atau cinta itu bersifat memudahkan dan lebih praktikal, walaupun pengguna sedang berada di dalam kenderaan. Celak mata kami (2StepEyeliner) contohnya hanya perlu cop dan garis di bahagian kelopak mata. Kit alis mata (Eyebrow Kit) pula hanya perlu ditekap di bahagian kening dan siap kurang dari 10 saat,” katanya yang pernah bertugas sebagai anggota penguatkuasa di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena

Kata Muhammad Syarizal lagi, usahanya dan isteri disifatkan sesuatu yang mungkin dipandang skeptikal atau janggal dari kebiasaan.

“Namun sampai bila kita mahu berada di takuk lama. Kami mahu menzahirkan industri kosmetik dan solekan amnya yang tidak di paras klise lagi. Kita perlu bergerak pantas.

“Seperti tag line kami, “mula dari bawah, buat sampai jadi”, kami juga bertekad merealisasikan apa yang diingini biarpun pada awalnya ada yang menentang hasrat kami berhenti kerja tetap untuk menceburi perniagaan. 

“Tiada yang mustahil untuk setiap perkara dalam kehidupan.Yang nak beli dan jana pendapatan, jangan segan untuk tekan https://linktr.ee/sakakeninglovaa,” katanya.

Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena
Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal Akui Peserta Paling Teruk, Bersedia Untuk Disingkir di Minggu Kedua

MIA SARA

Rupanya Ini Punca Puteri Balqis Berselisih Faham dengan Mia Sara