“Kalau kau diberi pilihan hadiah hari jadi, barang gift apa yang kau pilih, kau nak sangat?” Dengan pantas, Budiey jawab, “Aku mahu jam! Jam mahal.” Kawan sebelah tak sempat mencelah, Budiey terus tambah lagi, “Aku suka jam sebab selalu akan ada kat tangan, kawan rapat yang selalu aku ingatkan masa walaupun sekarang boleh tengok jam kat telefon bimbit je.”
[dropcap]C[/dropcap]akap pasal jam, baru-baru ini, Budiey dapat saksikan dengan mata sendiri jenama prabayar utama yang popular di kalngan golongan belia, Celcom telah memberikan hadiah jam kepada pelanggan dan penggunanya. Wah, okay fine! Budiey sangat jeles, hokeh! Sangat! Sebab apa, sebabnya jam tu bukan berharga dua tiga ratus, dik… tapi harganya mencecah RM10,000 dan ada seorang daripada pengguna bertuah dapat membawa pulang jam berharga RM30,000. Percaya tak?
Jawablah sambil mendengar lagu Siti Nurhaliza… percayalaaaaaaaaaahhhh….
[dropcap]Y[/dropcap]a, pada 4 Julai lalu, Celcom telah memberikan hadiah jam yang mewah kepada 11 orang pemenang untuk Kempen Time To Reload & Win a Watch untuk pengguna prabayar Xpax, U.O.X dan S.O.X. Ini adalah first batch pemenang yang menang.
[pullquote align=”right”]Akan datang, ada lagi pemenang yang akan diumumkan. Pergh, bertuahlah kepada yang menang.[/pullquote]
Bukan satu jenama, tapi banyak juga jenama jam mewah diberikan. Ada Bell&Ross, Ball, Fortis, Maurice Lacroix dan Oris. Semuanya bernilai RM10,000 setiap satu. Pemenang datang dari seluruh Malaysia. Difahamkan ada dua orang pemenang sanggup turun ke KL semata-mata untuk datang ambil hadiah.
Itulah yang dinamakan rezeki. Kita tak tahu nasib untung kita, kan? Jadi, Budiey ingat nak jadi pelanggan prepaid Celcom gak lah. Reload tiap-tiap hari, untung-untung dapat menang jam tangan ni. Sape nak bagi, mahal tuuuuuu…. Memang heaven giler kalau dapat.
Jika anda mahu menang hadiah jam mewah dari Celcom ni, senang je sebenarnya, anda hanya perlu jadi pelanggan prabayar Celcom dan hanya perlu menambah nilai RM10 dua kali dalam satu hari atau RM30 sehari untuk berpeluang memenangi hadiah jam tangan mewah bernilai lebih RN1juta selain ada bonus menanti anda berupa jangan tangan idaman bernilai RM30,000 kepada pelanggan bertuah.
Budiey sempat menemubual Zalman Aefendy yang begitu teruja menyampaikan hadiah pada petang itu. Katanya, Celcom merekodkan pertumbuhan tambah nilai sebanyak 20 peratus menerusi pengenalan kempen Time To Reload & Win a Watch.
Eloklah tu, sekurang-kurangnya, kempen ini dilancarkan untuk menghargai sokongan pelanggan prabayar Celcom. Dengarnya, kempen ini dibuat pun sebab Kempen Whatchuwant tahun lalu jadi satu fenomena dan memang berjaya.
Termenung panjang juga Budiey tengok diorang ni dengan muka berseri-seri dapat bawa balik jam mahal tu semua. Budiey kalau boleh, hari ni gak nak reload dan top up Celcom semata-mata mahukan jam tu. Korang fikir, Budiey mampu nak beli jam macam tu. 5 kali gaji sebulan pun tak lepas atau tak mampu nak dapatkan jam semahal tu.
Budiey nak ucapkan tahniah kepada pemenang Md Noor Haizahn yang telah mendapat hadiah jam idaman bernilai RM30,000 berjenama limited edition Graham Silverstone Chronograph yang mana hanya ada 500 je kat dunia ni.
Setiap hari Xpax akan mengumumkan nama pemenang di laman sesawang www.xpax.com.my. Jadi, tak reti-reti nak masuk website ni untuk dapatkan info lanjut.
Okaylah sebelum Budiey berundur, Budiey nak ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan. Bulan Ramadan ni boleh tahan jugaklah Budiey top up dan reload… maklumlah kerap sangat guna internet dan borak-borak, bergayut di telefon.
Untuk info lanjut, anda boleh klik sini: www.xpax.com.my