Buat pertama kali tercalon dalam ABPBH, Ryan Bakery meluahkan rasa bersyukur dan menganggap ia sebagai pencetus semangat dalam menghasilkan kandungan lebih kreatif.
Bertanya bagaimana perancangan untuk mendapatkan undian, Ryan sempat berjenaka dengan memberitahu dia akan menyediakan manisfesto kepada peminatnya bermula hari ini.
“Kalau saya dah tercalon hari ini, saya dah mula buat manisfesto selepas ini”- katanya dengan nada bergurau ketika ditemui pada majlis pelancaran ABPBH 35 di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, di sini, malam ini.
Terdahulu, pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) itu tersenarai sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori TikTokers Popular, Video Viral Popular dan Content Creator Popular.