Pada 29 dan 30 Jun jam 7:30 malam pengguna TikTok dijemput untuk melakukan gerakan ketika mereka menikmati pelbagai rentak Hip Hop dan R&B dari beberapa artis hebat dari Asia dan luar Asia. Apa yang pernah menjadi satu fenomena di Amerika kini telah menular ke seluruh Asia, membentuk artis generasi baru yang fokus untuk mencipta gaya rap, Hip Hop dan R&B tersendiri. Menariknya tentang acara kali ini, Travie McCoy dari Gym Class Heroes, Warren Hue dari 88rising, artis pop baru Alaina Castillo, dan artis rap Korea pertama dari Sydney, ‘1300’ akan membuat persembahan – ini juga bermakna buat pertama kalinya peminat di Malaysia akan dapat menikmati persembahan dari Australia dan New Zealand sambil meraikan sejarah dinamik dan evolusi Hip Hop.
Persembahan terdiri daripada:
Acara penstriman langsung ini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi TikTok pada 29 dan 30 Jun 2021 jam 7:30 malam melalui @TikTokMusicNight.
Sejak pelancaran TikTok Music Night pada Oktober 2020, acara muzik secara penstriman langsung ini telah berkembang ke luar dari Korea ke negara-negara lain di seluruh Asia, termasuk Malaysia. Ini adalah edisi keenam TikTok Music Night. Edisi-edisi sebelum ini telah menampilkan artis terkenal di dunia seperti Pentatonix, Lauv, Conan Gray, MAX dan Pink Sweat$.