TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih telah mengorak langkah yang mengujakan dalam seleksi muziknya dengan melancarkan Perihal Dirimu, lagu originalnya yang pertama di Malaysia dan Indonesia.
Lagu Ciptaan Aubrey Suwito & Lirik Ad Samad
Lagu pop nyanyian pencipta muzik Haikal Farid dan Weswey serta hasil nukilan pencipta lagu terkemuka Malaysia, Aubrey Suwito dan penulis lirik hebat Ad Samad, merupakan lagu yang menyentuh hati berkisar mengenai menyayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang.
Perihal Dirimu adalah penulisan lagu yang pertama buat Suwito untuk platform ini dan karya beliau sarat dengan penjiwaaan serta perasaan seperti mana yang beliau kenali sepanjang kariernya.
Penghasilan Lagu & Melodi
Terkenal dengan penulisannya dalam pelbagai lagu tempatan seperti ‘Gemilang’ dan ‘Menuju Puncak’, beliau menghasilkan Perihal Dirimu sebagai sebuah lagu yang ringan melodinya namun membangkitkan semangat dalam penerimaan diri sendiri untuk meniupkan kekuatan kepada pendengar yang terkesan akibat pandemik.
Lagu ini adalah kolaborasi antara TikTok dan label rakaman Rusa Music, yang menampilkan gaya muzik penuh perasaan daripada bakat baharu, Haikal Farid dan Weswey. Pendengar bakal dibuai dengan alunan harmoni oleh pasangan duo ini sambil diiringi petikan gitar akustik yang ceria, satu gabungan yang mengimbau muzik pop era 2000.
Kolaborasi Dua Bakat Baru
Pelancaran ini menandakan kolaborasi pertama dua bakat muzik ini yang juga permulaan untuk lebih banyak lagi kerjasama dalam muzik serantau.
Sheau Mei Cheah, Ketua Pemasaran Muzik TikTok Asia Tenggara berkata, “TikTok telah mempelopori platform pencarian muzik, dengan membuka peluang terhadap penemuan ramai artis dan genre baharu. Daripada bakat tempatan seperti Faithlyn, sehingga ke antarabangsa seperti Doja Cat, TikTok terkenal sebagai lubuk bagi bakat muzik dan pelancaran lagu ini bakal mengukuhkan lagi perihal tersebut. Kami sangat teruja untuk Haikal dan Weswey, apabila melihat usaha keras ini bakal mengangkat kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi. Kami sentiasa berpegang pada misi membawa kegembiraan kepada komuniti melalui kreativiti serta ekspresi tanpa had, dan melaksanakannya dengan melibatkan dua pasaran utama adalah satu usaha yang menakjubkan bagi kami.”
Haikal Farid, penyanyi dari Malaysia berkata, “Usaha sama ini adalah satu peluang yang besar dan saya amat terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek yang luar biasa ini. Saya terus jatuh cinta dengan lagu Perihal Dirimu ciptaan Aubrey sejurus mendengarnya buat kali pertama dan saya berbesar hati dapat merakamkan lagu yang menghidupkan semangat positif ini bersama beliau. Bukan itu sahaja, peluang ini juga membawa kepada kolaborasi hebat dengan King Weswey, dan kami berdua berharap lagu ini dapat menaikkan semangat mereka yang terkesan akibat pandemik agar kita dapat terus menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik.”
Weswey menambah, “Bagi saya, projek ini adalah pengalaman yang sangat berharga kerana dapat berkolaborasi dengan pemuzik dari luar Indonesia, seperti Haikal. Menyanyikan Perihal Dirimu bersama beliau adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan saya harap kami berpeluang untuk bersama-sama menghasilkan lebih banyak lagi muzik pada masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada produser dan pencipta lagu, Aubrey, yang menjadikan proses kreatif penuh dengan keceriaan sehinggakan kami semua senang untuk bekerjasama.”
Pelancaran di Platform Digital
Pra-pelancaran Perihal Dirimu secara eksklusifnya telah disiarkan di TikTok pada 3 September, dan akan disiarkan di semua platform penstriman digital pada 10 September. Video lirik lagu tersebut juga akan disiarkan pada masa yang sama.
Sempena meraikan pelancaran Perihal Dirimu, TikTok Malaysia dan TikTok Indonesia telah melancarkan cabaran tanda pagar #DuhaiGadisku pada 4 September 2021. Peminat dialu-alukan untuk berkongsi mesej positif bersama yang tersayang sambil diiringi alunan indah lagu Haikal Farid dan Weswey.
Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar Perihal Dirimu. TikTok boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Info Tentang Haikal Farid
Berasal dari Shah Alam, Selangor, Haikal Farid telah membina nama di persada muzik Malaysia sejak membuat debut di program muzik Immortal Songs pada tahun lalu. Diinspirasikan oleh penyanyi seperti Ed Sheeran, anak seni ini baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul Tak Terganti pada Januari lalu dan mendapat sambutan hangat. Beliau dikenali dalam kalangan pengikut TikToknya seramai 141.1 ribu dengan lagu-lagu yang membuai perasaan dan senyuman manisnya, menjadikan beliau salah satu bakat Rusa Music yang paling menyerlah.
Info Tentang Weswey
Sementara itu, Viki Andriawan (juga dikenali sebagai “Weswey”) adalah pencipta kandungan TikTok dari Bandung, Indonesia. Memiliki personaliti yang menawan, penyanyi ini telah meraih perhatian pengikut di TikTok menerusi perkongsian video nyanyian semula lagu-lagu popular di Indonesia. Dengan suaranya yang unik dan persona yang menyenangkan, beliau mempunyai 620K pengikut di TikTok dan jumlah tersebut meningkat saban hari. Baru-baru ini, beliau tampil di #Brownis iaitu sebuah program muzik Indonesia yang popular bersama idolanya, Babe Ahmad.
TikTok Malaysia Releases First-Ever Original Song, Perihal Dirimu
TikTok, the leading destination for short-form mobile videos has made an exciting move for its musical repertoire by releasing Perihal Dirimu, its first-ever original song in Malaysia and Indonesia. The pop track, sung by music creators Haikal Farid and Weswey was written by renowned Malaysian song-writer Aubrey Suwito and acclaimed lyricist Ad Samad, is a heart-warming anthem about self-love and loving your partner’s authentic self.
Perihal Dirimu is Suwito’s first song-writing venture for the platform and reflects the heart and soul he has been known for his entire career. Famous for writing local anthems such as Gemilang and Menuju Puncak, the artist crafted Perihal Dirimu as a light-hearted yet empowering song of self-acceptance to uplift listeners weighed down by the pandemic.
The song is a collaboration between TikTok and record label Rusa Music, which features the soulful musical stylings of up-and-coming talents Haikal Farid and Weswey. Listeners can look forward to being serenaded by the duo’s harmonies accompanied by peppy acoustic guitars, a combination which nods to 2000’s era pop music. This release marks the first time these talents will be joining forces, and looks to be the start of more regional musical partnerships.
Sheau Mei Cheah, the Music Marketing Lead for TikTok South East Asia comments, “TikTok has become a leading platform for music discovery, facilitating opportunities to discover many new artists and genres. From local talents like Faithlyn, to international names like Doja Cat, TikTok is making a name for itself as a hotbed for musical talent, and this upcoming release is further proof of that claim. We are so excited for Haikal and Weswey and to see this labour of love take their careers to new heights. Our mission is always to bring joy to the community through unlimited creativity and expression, and to do that across two key markets is an incredible venture for us all.”
Haikal Farid, the Malaysian half of the collaboration comments, “This is a big opportunity and I’m honoured to be part of this incredible project. It was love at first sound when I heard Aubrey’s Perihal Dirimu, and it’s been an honour recording this empowering song of positivity with him. It’s also been amazing collaborating with King Weswey, and we’re both hoping this song lifts the spirits of those feeling down during this pandemic so we can all keep moving towards better days ahead.”
While Weswey adds on, “For me, it is a very valuable experience to be able to collaborate with musicians outside Indonesia, like Haikal. Singing with him for Perihal Dirimu was alot of fun, and I hope we have the opportunity to create more music together in future. I’d also like to express my gratitude to the producer and songwriter, Mr. Aubrey, who infused the creative process with so much joy that we all enjoyed working together.”
Pre-released exclusively on TikTok on 3rd September, Perihal Dirimu will be available on all digital streaming platforms on 10th September, with a lyric video poised to drop at the same time. To commemorate the launch of Perihal Dirimu, TikTok Malaysia and TikTok Indonesia will be launching the #DuhaiGadisku hashtag challenge on 4th September 2021. Fans are invited to share an empowering message with their loved ones to the gentle tunes of Haikal Farid and Weswey.
Download or open the TikTok app now to listen to Perihal Dirimu. TikTok is available for free on iOS and Android via the Apple Store, Google Play Store and Huawei AppGallery.
Haikal Farid hails from Shah Alam, Selangor and has been building a name for himself in the Malaysian music scene since making his debut on the music programme Immortal Songs last year. Inspired by singers like Ed Sheeran, the artist just released a new single called Tak Terganti in January to great acclaim. The singer’s 141.1K TikTok followers know him for his heartfelt songs and gentle smiles, making him one of Rusa Music’s most promising talents.
Meanwhile, Viki Andriawan (also known as “Weswey”) is a TikTok creator from Bandung, Indonesia. A charming personality, the singer has been building a fanbase for himself on TikTok posting covers of popular songs in Indonesia. With his unique voice and likeable persona, the singer is now 620K followers on TikTok strong with that number growing daily. He was recently featured on #Brownis, a popular Indonesia music show with his long-time idol Babe Ahmad.