in

TikTok Jalin Kerjasama Dengan iflix

Kerjasama ini membolehkan iflix menawarkan pelbagai kandungan TikTok yang lebih padat dan mudah di ingati di saluran ‘TikTok’ di iflix. Kolaborasi pertama TikTok- iflix membolehkan TikTok menggapai sasaran pengguna di 13 negara di menerusi platform OTT. Pengguna iflix kini boleh menikmati video pendek yang mempunyai pelbagai konten menarik seperti ‘travel’, komedi, haiwan kesayangan, sukan, dan gaya hidup dan pelbagai kandungan yang sedia ada.  

Kuala Lumpur, Malaysia, 15 Januari 2020, Sebagai pembuka tirai 2020, platform utama video atas permintaan (Video-On-Demand,VOD), TikTok, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan iflix, iaitu perkhidmatan TV hiburan dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara. Kerjasama ini dapat membawa pelbagai konten video menarik dan secara tidak langsung merentasi 13 negara -negara Asia. 

Menerusi saluran baharu iflix, iaitu TikTok (TikTok Channel), pengguna iflix boleh menonton  pelbagai koleksi terkini TikTok  yang merangkumi video-video pendek  viral dari dalam dan luar negara secara percuma. Jika sebelum ini, pelanggan  iflix hanya mendapat akses menyaksikan pelbagai genre filem, drama siri, dan terbitan drama siri terbitan iflix (iflix Original). Kini, pelanggan lebih ada banyak pilihan termasuklah travel,komedi, gaya hidup, sukan, haiwan kesayangan dan banyak lagi kandungan hiburan yang lebih santai. 

Menurut Pengurus Operasi Kandungan & Pengguna TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei, 

“Pengisian kandungan berbentuk hiburan yang lebih santai dan pendek menjadi satu permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan kami.

Pihak kami percaya, dengan adanya perkongsian kandungan bersama iflix, dapat memperluaskan lagi pasaran pengguna di seluruh dunia.

Kini, semakin banyak syarikat mula memanfaatkan inisiatif kerjasama strategik sebagai sebahagian daripada strategi kreatif mereka untuk lebih berkembang maju.”

Cheah Sheau Mei

Sebagai permulaan, TikTok selaku platform utama video mudah alih ringkas, berhasrat untuk meningkatkan lagi kesedaran serta pendedahan tawaran aplikasinya melalui koleksi video-video popularnya, yang akan di dipaparkan di saluran TikTok di iflix. 

Jalinan kerjasama iflix dengan perkhidmatan video pendek utama terkenal di dunia, TikTok, adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk strategi pemasaran kandungan syarikat yang bertujuan untuk melonjakkan lagi misi dan pencapaian syarikat yang lebih memuaskan. 

Kata Mark Francis, selaku Ketua Pegawai Konten iflix pula, 

“Tidak dinafikan, populariti TikTok adalah disebabkan adanya pembikin dan pengguna yang kreatif terutamanya dari golongan millenial dan Gen Z.

Mereka lebih meminati aplikasi ini kerana pengguna lebih terhibur dengan video yang dihasilkan pengguna lain mahupun video yang dihasilkan sendiri dan menghiburkan.

Dengan adanya penambahan koleksi video pendek, padat dan kelakar dalam simpanan Tik ok, kini iflix juga komited untuk penyediaan platform terbaharu dan lebih bermanfaat buat pelanggan kami.”

Mark Francis

Ingin menonton video-video terbaik TikTok 2020? Muat turun dan gunakan aplikasi TikTok sekarang, untuk menikmati pelbagai video menarik yang akan menghiburkan anda. 

TikTok boleh diakses di lebih 150 negara dan wilayah merangkumi 75 bahasa. Muat turun aplikasi TikTok melalui iOS atau Google Play.

 Mengenai TikTok

TikTok adalah perkhidmatan utama untuk video pendek atas permintaan (Video-On-Demand,VOD). Misi kami adalah untuk memberikan inspirasi dan memperkayakan lagi gaya  hidup individu dengan menawarkan platform untuk mereka menjadi lebih kreatif dengan panghasilan kandungaan yang asli, gembira, dan positif. TikTok beroperasi secara global termasuklah di Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul, dan Tokyo. www.tiktok.com

Mengenai iflix

iflix adalah sebuah servis hiburan terkemuka Asia Tenggara dengan pilihan siri TV, filem, produksi Originals tempatan dan siaran berita terkini dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh muat turun rancangan kegemaran anda dan tonton secara offline dan di mana-mana sahaja… hanya di www.iflix.com 

iflix menawarkan para pengguna semuanya secara PERCUMA! Dapatkan iflixFREE dan iflixVIP.

iflix kini beroperasi  untuk pengguna di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, dengan perkhidmatan yang meliputi Brunei, Sri Lanka, Pakistan, Maldives, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Bangladesh. 

Ketahui lebih lanjut mengenai iflix dan seleksi programnya, di https://blog.iflix.com  dan bagi peluang pengiklanan layari [email protected]   

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Transformasi Kool FM 2020

Fever 333 Siap Sedia Untuk Menghangatkan Kuala Lumpur Februari Ini