in , ,

Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Habis Dalam Masa 2 Jam

Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berharga serendah RM129 hingga RM799, ‘licin’ disapu peminat dalam tempoh dua jam selepas jualan dibuka pada jam 2 petang, hari ini.

Sejak penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita mengenai kemunculan konsert solonya, Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di akaun media sosialnya semalam, ramai peminat teruja untuk mendapatkan tiket konsert tersebut.

Siti dijadualkan menjayakan konsert tersebut di Axiata Arena, Bukit Jalil anjuran Yayasan Nurjiwa pada 9 Mac 2024 dan tiket konsert itu dijual bermula jam 2 petang tadi.

Konsert Epitome Siti Nurhaliza

Baru beberapa hari mempromosikan acara itu dalam media sosial, konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini pada 9 Mac depan, tetap mendapat sambutan hangat.

Justeru, Siti, 44, melalui hantaran di Instagram (IG) meluahkan rasa syukur atas sambutan diterima untuk konsert anjuran Yayasan Nurjiwa dan dibawakan khas Cuckoo itu.

Bagaimanapun, Siti memohon maaf kepada peminat yang tidak dapat membeli tiket.

Alhamdulillah… Terima kasih dari lubuk hati terdalam.

“Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.

“Ada rezeki di persembahan yang lain nanti… Doakan saya,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Konsert Epitome Siti Nurhaliza

Bukan itu sahaja, penganjuran konsert Siti juga dilihat mempunyai penangan tersendiri apabila nama penyanyi itu ‘trending’ di aplikasi X dengan tanda pagar, #SitiNurhaliza.

Meninjau di ruangan komen, ada peminat yang meluahkan rasa hampa kerana terlepas peluang untuk menyaksikan konsert penyanyi nombor satu negara itu.

Namun, dalam tempoh kurang tiga jam, tiket konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Cindai dan Biarlah Rahsia itu sudah habis dijual. Gara-gara itu, ia menjadi trending di platform X.

Sebelum ini, nama Siti terlebih dahulu menjadi trending di platform media sosial tersebut apabila ramai peminatnya mengeluh kerana sistem pembelian tiket konsert mengalami masalah teknikal.

Bahkan, ada yang mengadu bahawa mereka sudah cuba menunggu selama sejam untuk masuk dan membeli tiket di laman web www.klticketing.com, tetapi gagal.

Yang mahu membeli tiket VIP berharga RM799 untuk bertemu Siti pada sesi Meet & Greet yang diadakan selepas konsert selesai turut berhadapan situasi sama.

Konsert Epitome Siti Nurhaliza

Seorang peminat @cassie_lover5 memberikan komen yang lucu: “Okay tak jadi boikot @CTnurhaliza11. Terima kasih gang tak putus asa. Pertempuran wishlist kamu tercapai.”

Komen @iintannnurr memang kelakar: “@ctNurhaliza11, Kalau kami tak dapat tempat duduk VIP, saya nak jadi sukarelawan susun kerusi kat Axiata Arena. Nak hantar resume kat mana. Hahahaha.”

Komen peminat bernama @aliffzrn mungkin membantu: “Ada sesiapa yang nak tiket. Saya sudah membeli untuk saya, tapi saya mampu membeli lebih, jadi saya sanggup membantu sesiapa yang mahukan tapi cuma bayaran penuh sahaja. Tiada caj apa-apa, seikhlas hati nak bayar berapa.. hahahaha.”

Ini pula komen @nblhrfngh: “Untuk sesiapa yang masih mencari, masih ada lagi. Jangan putus asa.”

Dia turut menyertakan tempat duduk konsert itu yang sebahagiannya masih lagi kosong dan belum dipenuhi.

Sementara itu, ada yang sudah berjaya masuk dan membayar, tetapi tidak berjaya mendapatkan tiket kerana masalah teknikal pada laman web tersebut.

Berkongsi masalahnya, komen @kakijalans: “Saya perlukan bantuan. Sudah membayar 2 tiket Silver untuk konsert #SitiNurhaliza. Bayaran tekah masuk. Tetapi sewaktu proses tiket, terdapat kesilapan yang timbul. Sudah WhatsApp KLTicketing tetapi tiada maklum balas, Tolong!!!

Namun, terdapat netizen yang kecewa mengenai tiket ‘murah’ kerana tempat duduknya tidak bernombor.

“Ampun kita ini bukan nak negatif, tapi kenapa tiket murah itu tempat duduk bebas. Malah, Ella dan Judika tempat duduk paling murah Ella dan Judika itu pun siap-siap bernombor. Kita ni tak nak masuk awal-awal. Nak masuk lepas maghrib tapi tempat duduk bebas pula.

“Diskriminasi untuk tiket paling murah. Mentang-mentang tiket paling murah, tak perlu kot buat tempat duduk bebas. Kalau berdiri bebas kat tengah-tengah tu, masuk akal juga. Aduh, terus potong mood nak pergi,” kata @aliffzrn. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYAITAN MUNAFIK Filem Berusia 12 Tahun Digilap Semula Kini di Pawagam

Unit Drama TV RTM Terbit DON’T WISH ME MERRY CHRISTMAS