Vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok memaklumkan tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual dalam masa 24 jam selepas dibuka secara atas talian kepada orang ramai.
Vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok memaklumkan tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual dalam masa 24 jam selepas dibuka secara atas talian kepada orang ramai.
Tomok mengakui terkejut dengan sambutan diterima sehinggakan peminat berebut-rebut untuk mendapatkan tiket konsert meskipun hampir 20 tahun kumpulan itu tidak lagi aktif menyanyi.
Menurut Tomok, pada awalnya dia bimbang seandainya tiket konsert tidak laku apatah lagi banyak konsert penyanyi lain termasuk artis dari luar negara bakal diadakan.
“Sejujurnya saya bimbang juga takut kalau-kalau tiket tidak laku. Industri muzik negara baru sahaja hendak pulih selepas pandemik Covid-19. Banyak juga konsert penyanyi lain yang menunggu giliran.
“Tapi alhamdulillah, masih ada lagi peminat yang menyokong New Boyz apabila kami mengumumkan bakal mengadakan konsert,”
– Tomok
Dalam pada itu, Tomok memberitahu pihaknya dalam perancangan menambah sehari lagi persembahan bagi memenuhi permintaan peminat yang gagal mendapatkan tiket konsert.
Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang yang dianjurkan sendiri oleh Tomok akan diadakan di Theatre PJ PAC, Bandar Utama pada 10 dan 11 Februari 2023.