in ,

Tiket Konsert iKON & Winner di Kuala Lumpur Semakin Laris

Wow! Maraton Muzik Di Hujung Minggu Bersama Ikon Dan Winner 2 Zon Tiket Habis Dijual Sementara Zon Lain Terus Mendapat Sambutan

Budiey rasa memang tak sabar nak menikmati irama lagu-lagu K-Pop di Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, anjuran MacpiePro yang akan khabarnya menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 6 petang, 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad) depan. Tengoklah sambutannya agak menggalakkan. Tiket nak sold out dah wei!

iKON Horizontal Image

Kedua-dua kumpulan idola tersebut merupakan bintang yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment. Kehadiran iKON ke sini adalah untuk kali kedua, sementara WINNER bakal membuat konsert pertama mereka di Malaysia.

Sambutan terhadap kedua-dua konsert yang dicetuskan oleh MacpiePro mengenai “MUZIK TANPA TEKANAN” itu disambut baik oleh peminat-peminat K-Pop tempatan. Lebih mengujakan lagi, peminat berusia 18 tahun ke bawah ditawarkan harga istimewa untuk tiket pada kadar RM98 berbanding harga RM273 untuk kedua-dua konsert.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MacpiePro untuk membuat konsert dengan menawarkan tiket pada harga berpatutan untuk golongan remaja.

ikon seating plan (SOLD OUT) 6sep

Sehingga kini, tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) untuk KEDUA-DUA malam telah habis dijual. Bagaimanapun tiket untuk zon-zon lain masih lagi ada dan penjualannya bergerak pantas.

Beberapa tinjauan telah Budiey dibuat menerusi Twitter dan juga Instagram, ramai juga peminat muzik K-Poppers teruja dan tak sabar nak ke konsert ini. Tak kurang juga ada yang tag kawan-kawan mereka supaya belanja mereka tiket.

“Tak sabar nak jumpa iKON & Winner…. memang best kot muzik diorang ni. Back to back pulak, ada orang nak belanja kita tiket tak?”

Lain-lain zon tiket yang masih boleh didapati ialah RM693 (Zon iKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah TETAPI TERHAD), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu). Tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my

WINNER Horizontal Image

Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon iKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat PAS SOUNDCHECK, manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat PAS SENDOFF untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing. Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga. Semua itu bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu juga, penganjur ada blast di sosial media:

“The response to iKON and WINNER’s concerts as well as MacpiePro’s idea of “MUSIC WITHOUT PRESSURE” has been overwhelming. As of now, tickets priced at RM373 (Green Zone) and RM273 (Blue Zone) for BOTH nights are fully SOLD OUT! While other ticket zones are still available but are running fast.”

Konsert dua hari berturut-turut pada hujung minggu itu, membuktikan bahawa MacpiePro memenuhi janji untuk menyemarakkan lagi persembahan secara langsung di masa akan datang kepada peminat-peminat K-Pop tempatan.

winnerseating plan(6sep)

Kumpulan iKON dan WINNER masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER yang dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.

WINNER Poster

iKON Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Peserta GEGAR VAGANZA 2018 Musim Ke-5

Video Santesh Bersama Daiyan Trisha Trending di Youtube Malaysia