in

Tiket Konsert BigBang di Malaysia Habis Dijual

Peminat Malaysia Pecah Rekod, 95% Tiket BIGBANG Habis Dijual!

Sebilangan besar daripada mereka sudah pun mula beratur di hadapan Fahrenheit88, Bukit Bintang sejak jam 11 malam (Jumaat lalu) iaitu 22 jam sebelum jualan tiket dilancarkan. Bahkan kalau pergorbanan itu masih belum cukup membuktikan yang mereka adalah peminat tegar BIGBANG, lagi dahsyat!-ada antara mereka sebenarnya sudah beratur seawal jam 12 tengahari (Jumaat).

Konsert BigBang

Dan pada Sabtu minggu lalu, sekalian VIPs (gelaran buat peminat) membuktikan populariti BIGBANG apabila seramai 3500 peminat gigih beratur semata-mata mahu menjadi antara individu terawal yang membeli tiket konsert yang julung kalinya diadakan Malaysia-BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012.

Sekaligus, rekod tersendiri tercipta apabila sebanyak 95% tiket habis dijual dalam hanya beberapa jam sahaja sejak kaunter dibuka pada jam 10.30 pagi, semalam.

Antara peminat pertama yang berjaya mendapatkan tiket BigBang Alive Tour 2012 in Malaysia

Sebanyak 600 tiket paling mahal dalam kategori VIP (RM 688) telah habis dijual dalam masa p 30 minit sahaja. Manakala kategori 2 (RM 588), Kategori 3 (RM 488) dan Kategori 4 (RM 388) habis dijual dalam tempoh 1jam.

Sebanyak lebih 11,000 tiket telah dijual semalam, menjadikan jualan kali ini sebagai rekod jualan bilangan terbesar tiket yang dijual dalam tempoh sehari untuk mana-mana konsert K-Pop di Malaysia.

Bagaimanapun, bagi peminat yang masih belum mendapatkan tiket, kategori 5-8 masih sedia ada untuk dijual (RM 288, 198 RM, RM 188, RM 98).

“Kami memang menjangka akan mendapat sambutan yang besar kerana seperti yang kita tahu BIGBANG adalah satu tarikan yang besar di Malaysia. Tetapi apa yang penting ialah semua peminat yang sangat membuatkan kami terharu kerana mereka membantu satu sama lain sama ada yang berada di dalam barisan, di Twitter dan Facebook.

Malah kami kagum melihat peminat yang hadir terdiri daripada kalangan semua peringkat umur, bangsa dan demografi. Sekaligus membuktikan muzik benar-benar menjadi ‘bahasa’ universal. Kami yakin konsert BIGBANG Alive Tour’12 pasti tidak akan mengecewakan sebaliknya menjanjikan peminat sebuah konsert paling menakjubkan pada 27 Oktober ini “, kata Penerbit Eksekutif Running Into The Sun yang merupakan penganjur konsert, Wendy Ng.

Ini juga merupakan konsert outdoor pertama seluruh Asia buat lima anggota BIGBANG ni- G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung.Bakal berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia akan direalisasi dengan anggaran kos sebanyak RM 4 juta.

BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia ditaja oleh Samsung Galaxy, dipersembahkan oleh YG Entertainment dan Livenation serta dianjurkan oleh Running Into The Sun dengan PMP sebagai rakan kerjasama rasmi. via Malaysian Digest

Gambar Sekitar Penjualan Tiket BigBang di @fahrenheit_88 semalam:

Konsert BigBang

Konsert BigBang

Konsert BigBang

Konsert BigBang

Konsert BigBang

Konsert BigBang

Konsert BigBang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juliana Ibrahim Hamil 3 Bulan

Drama Ego & Nasi Yong Lemak Taufu