Selain teruja dengan aktiviti kat situ, saya teruja juga nak dengar pengumuman yang sangat istimewa dari Astro, menanti pelanggan-pelanggan Astro termasuklah lebih banyak pilihan kandungan dan pengalaman menonton yang pastinya tidak akan dapat dilupakan!
Yang paling best. Budiey sememamgnya menantikan pelakon popular Korea, Kim Rae-Won yang turut hadir di acara ini. Selain itu, ramai lagi selebriti yang hadir iaitu pengacara National Geographic, Harry Yuan, barisan selebriti popular Malaysia, Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskandar, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hafiz, Adira, Hisyam Hamid, Vince Chong, Adi Fashla, Radin ERA, Adam C; karakter-karakter kegemaran anda seperti Mickey, The Minions, Homer Simpson, Power Puff Girls, Spongebob & Patrick, OO-Kun dan banyak lagi.
Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 Astro, pelanggan Astro mendapat akses percuma kepada saluran Astro Fiesta (CH 996/ HD CH 998) manakala pelanggan dengan kotak sambungan internet boleh menonton OD Fiesta secara percuma bermula hari ini sehingga hujung tahun. Semua rakyat Malaysia juga boleh menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2 dan Saluran eGG selain beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma, pada bila-bila masa, di mana juga mereka berada hanya dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG).
Iklan Ulangtahun Astro Ke-20
Tahniah Budiey ucapkan kepada Astro kerana telah berjaya berada di tahap ini. Bukan mudah untuk melakar sejarah sehingga menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam segenap cabang termasuklah hiburan, sukan, berita dan pendidikan.
Seterusnya, Budiey kira Astro akan lebih bekerja keras untuk memastikan pelanggan berpuas hati kerana di hadapan nanti ada persaingan yang lebih sengit. Terutama sekali Budiey lihat sekarang dunia digital makin maju.
Apakah kunci kejayaan Astro bertapak sehingga 20 tahun ini? Ya, sudah tentulah sebab Astro dapat melakukan yang terbaik untuk pelanggan. Pelanggan perlu diutamakan. Nak tak nak, Astro perlu memperkenalkan kandungan baharu, produk, perkhidmatan yang hebat seterusnya membenarkan mereka menikmati pengalaman yang begitu bernilai tinggi.
Menerusi pendekatan dua hala; model bayar dan perniagaan percuma, Astro mampu mencapai 90% capaian pelanggan ataupun sekitar 7 juta isi rumah dalam tempoh 5 tahun. Ini membolehkan Astro menyediakan akses untuk 30 juta individu di rumah ataupun menerusi on the go.
Budiey dikhabarkan Astro juga turut melancarkan Tribe di Indonesia dan tidak lama lagi, Astro juga akan melancarkannya di Filipina dan pasaran lain di seluruh rantau. Tribe akan mengemudi kumpulan pelanggan generasi millennial yang menjadikan mobil (mudah alih) sebagai pilihan mereka yang pertama, termasuklah di serantau, seterusnya meningkatkan skala dan skop Astro.
Di acara ini, Astro turut menyampaikan percutian untuk 2 orang kepada pelanggannya, Erni Chan ke ‘Festival Makanan Terbesar di New York’ dan peluang berjumpa cef selebriti popular seperti Bobby Flay, Rachael Ray, Giada De Laurentiis, and Michael Symon.
Ada tiga sebab mengapa Budiey katakan sambutan ulangtahun Astro ke-20 ini lebih meriah… ini adalah kerana….
1. Astro Fiesta dan OD Fiesta Percuma
Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran Astro Fiesta (CH 996 / HD CH 998) secara percuma bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016. Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, Mayday Nowhere Concert, International Superstar 2015, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden; Queen – A Night at the Odeon; MTV World Stage dan banyak lagi.
Pelanggan dengan kotak sambungan talian boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia e.g. The Walking Dead, Outcast; rancangan bersiri Korea, Love in the Moonlight, Doctors, Jealousy, Incarnate; siri TV Kantonis dan Hokkien, The Hiddens, Brother’s Keeper and My Sister; rancangan Tamil terbaik Seethaiyin Raman; rancangan kegemaran tempatan, Akademi Fantasia, Lara Oh Lara dan Superstar 2016 – segalanya on demand, secara percuma.
Pelanggan hanya perlu sambungkan Personal Video Recorder (PVR) kepada sambungan Wi-Fi di rumah untuk mula menonton OD Fiesta.
2. Akses percuma untuk sekeluarga (4 orang) ke Karnival Astro Fest
Pelanggan Astro boleh bersuka ria di ‘Karnival Astro Fest’ yang bakal diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Astro Fest menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.
Sila layari www.astro.com.my/celebrating-you untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkan empat tiket untuk satu akaun Astro bagi menghadiri karnival Astro Fest ini.
3. Menangi 20 Pengalaman Eksklusif ‘Sekali Seumur Hidup’
Semua pelanggan Astro boleh mengambil bahagian untuk memenangi salah satu daripada 20 pengalaman seumur hidup eksklusif. Tapi kat sini, Budiey dah pilih dah, dalam banyak-banyak hadiah, ada 5 hadiah yang Budiey rasa nak sangat untuk menang. Kalau ada rezeki memang nak sangat. Wish me luck okay? Antara Top 5 hadiah yang gempak ialah:
1. Pengalaman istimewa di New York
Siapa tak nak pergi ke New York? Memandangkan Budiey belum sampai di sana, maka Budiey senaraikan hadiah di tempat yang teratas. Percutian istimewa sekeluarga terdiri daripada 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak untuk mengalami keindahan dunia Disney di bandaraya ini. Walaupun harga barang memang mahal kat sana, tapi itu belakang kira. Peluang seumur hidup kot, kan? Yang penting, pemenang akan berpeluang menonton persembahan Aladdin di Broadway dan naiki carriage di Central Park. Inilah masanya nak mengukir kenangan manis bersama mereka yang paling anda sayangi, betul tak?
Tonton Video di Youtube: Astro’s 20th Anniversary – 20 Exclusive ‘Once-In-A-Lifetime’ experiences
2. Beraksi ala pengarah di FOX Studios, LA
Selain ke New York, Budiey nak sangat pergi ke Los Angeles. Kalau boleh, Budiey mahu rebut peluang untuk melihat studio termasyhur dunia yang menjadi rumah kepada filem-filem terbaik Hollywood! Lawatan untuk 2 orang ke Los Angeles dan lawatan peribadi ke Clock dalam satu studio perfileman yang sangat popular di mana kita dapat melihat pembikinan filem yang cukup meriah dan gah di sana. Yang seronoknya, pengalaman untuk dua orang ini adalah satu lawatan yang cukup privasi dan intimate sekali di mana kita dapat mengetahui dan mendalami dunia pembikinan drama dan juga filem dari terbitan FOX.
3. Dua rancangan K-award dalam satu lawatan!
Untuk peminat K-Pop dan juga drama siri dari Korea, inilah masanya untuk terbang ke Korea dan bertemu dengan pelakon popular kat sana. Lawatan bersama BFF anda untuk menonton selebriti Korea di MBC Entertainment Awards dan MBC Drama Awards. Fuh, siapa tak nak kan? Budiey naaaak!
4. Bersiar di set Game of Thrones
Untuk pemnat drama siri Game of Thrones, Melawat Ireland Utara dengan gaya Game of Thrones. Alami Westeros sebenar dengan lawatan ke Winterfell. Berpeluang jejaki sebalik tabir rancangan siri terkenal ini dan menetap di salah satu bilik bintang rancangan siri ini.
5. Temui bintang drama Korea
Lawatan untuk dua orang ke Korea Selatan serta sepasang tiket eksklusif untuk menonton anugerah SBS Drama Awards bagi meraikan yang terbaik dalam dunia TV Korea!
Untuk info lanjut, anda dipelawa melayari www.astro.com.my/celebrating-you untuk senarai penuh hadiah-hadiah eksklusif. Selamat maju jaya dan mencuba buat anda semua!