in

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Final Bintang RTM 2016

Wow, hari Sabtu 2 April ni banyak sangat event yang best-best ya. Salah satunya adalah Pertandingan akhir Bintang RTM 2016 (BRTM 2016) yang akan berlangsung Auditorium Perdana Angkasapuri.

Selain itu, Budiey juga turut mendapat jemputan untuk menghadiri Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Merdeka. Wah, tak tahu mana satu nak pergi kan?

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Final Bintang RTM 2016

1. Pertama sekali, pertandingan ini mengekalkan penjurian secara profesional tanpa melibatkan undian peminat. Jadi, keputusan yang akan kita tengok nanti sangat telus dan adil kerana yang menjadi juri bukan calang-calang okay! Tiga juri profesional bakal bertindak mengadili peserta pada malam itu adalah Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), Edrie Hashim dan Ajai bersama dua orang lagi juri jemputan.

2. Finalis kali ini dikatakan hebat-hebat juga dari segi vokal mereka dan mengalahkan bakat dari program realiti yang lain. Haa, betul ke? Enam peserta yang terpilih ke peringkat akhir adalah Idris Zulkifli (19), Muhammad Hafiz Ismail (23), Muhammad Adib Ibrahim (24), Nor Fazrina Mohd Gani (23), Nur Shafreeza Zainal Abidin (22) dan Rosario Ninih Chamini Bianis (21). Bbudiey dah pun menemubual mereka di majlis santai baru-baru ini dan mendapati memang mereka ada hebat cuma mungkin nak cari WOW Factor tu susah la kot.

3. Lagu yang bakal didendangkan juga sangat sedap dan menguji sejauh mana kebolehan vokal peserta. Tidak lupa juga artis jemputan yang akan hadir dan mempersembahkan lagu mereka pada malam itu nanti juga hebat-hebat.

Timbalan Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Datuk Adilah Shek Omar berkata, ia bagi menjamin kualiti dan tidak hanya bergantung kepada populariti semata-mata selain ia memang menjadi jenama BRTM sejak dari dahulu lagi.

“BRTM secara asasnya menolak undian peminat atau pun menggunakan media sosial bagi tujuan mengundi para peserta.

“Bukan menidakkan kuasa teknologi dan kehendak peminat tetapi memang inilah jenama BRTM yang mana kesemua peserta diadili oleh juri profesional.

“Telah menjadi objektif dan hasrat RTM dalam memastikan melahirkan bintang berkualiti dan bukannya hanya bersandarkan populariti,” katanya.

Adilah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media peringkat akhir BRTM 2016 di Hotel Pullman di sini, Isnin.

Seramai enam peserta terpilih ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung di TV2.

Dalam pada itu, penerbit BRTM 2016, Haliza Mat Karsa berkata, pada peringkat akhir nanti kesemua peserta akan diadili menerusi dua pusingan iaitu secara solo dan duet.

Katanya, menerusi segmen duet, para peserta akan digandingkan dengan bekas peserta BRTM terdahulu seperti Zahid, Farawaheeda, Asmidar, Amir Sofazr, Ernie Zakri dan Aisha.

“Seleksi lagu untuk dinyanyikan para peserta nanti dibuat oleh produksi dan ia adalah cabaran buat mereka pada peringkat akhir nanti.

“Selain itu ada juga beberap kelainan dan kejutan tetapi buat masa ini biarlah ia menjado rahsia terlebih dahulu dan nantikan peringkat akhir nanti,” katanya.

Tambah Haliza lagi, pada malam itu juga bakal menyaksikan kemunculan penyanyi ternama seperti Ramlah Ram, Rohana Jalil, Noraniza Idris, Lan Kristal dan Mus May bagi memeriahkan acara dengan persembahan pada segmen selingan.

BRTM 2016 menampilkan aktres Amyra Rosli dan Muaz Mohamed sebagai pengacara.

Juara BRTM 2016 bakal membawa hadiah wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke Korea dan naib juara pula akan menerima RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.

Manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM10,000 dan pakej percutian ke Jakarta, Indonesia.

Tiga hadiah saguhati turut diberikan iaitu wang tunai RM1,000 setiap seorang dan pakej percutian di Hard Rock Hotel.

Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula akan menerima wang tunai RM5,000.

Semua hadiah wang tunai adalah sumbangan RTM manakala pakej percutian tajaan My Centrio Holidays.

Sama-sama la kita nantikan….

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Dekoder MyTV Bakal Dijual Dengan Harga RM200 Mulai Jun Ini

Senarai Top 5 Anugerah Pilihan Online Akan Diumum Esok