in ,

Tiga Sebab Budiey Suka Guna Colgate Total Charcoal Deep Clean

Korang dah cuba guna Colgate Total Charcoal Deep Clean? Jom ketahui apakah kebaikannya!

Sebelum nak cerita lebih lanjut tentang tajuk di atas ni, Budiey nak kongsi pengalaman Budiey menemubual seorang pelakon popular di Anugerah Meletop 2015 baru-baru ni. Tak nak lah sebut nama dia. Cukuplah Budiey cakap kat sini, drama lakonannya sedang meletop di kaca TV sekarang ni. Budiey saje nak kongsi cerita ni, bukan untuk membuka aib artis ni tapi untuk kita semua ambil iktibar.

Semasa diminta untuk menemubual, artis ni tersipu-sipu malu dan enggan untuk ditemubual. Mulanya, Budiey sangka dia dah berlagak diva dan kekwat. Maklumlah, sekarang ni peminatnya dah makin ramai. Fuh, sombong betul dia tak mahu ditemubual.

Tapi setelah dipujuk, dia berbisik di telinga Budiey di mana pada masa itu, ada makanan terlekat kat celah gigi depannya dan ada giginya yang mengalami kerosakan. Dia juga mengadu warna giginya dah kuning. Apa lagi merah pedamlah muka artis tu malu berterus terang. Patutlah masa dia bercakap pun agak segan nak senyum sebab takut orang tahu giginya kuning.

Budiey pun cakaplah, sekarang ni ada produk ubat gigi yang boleh memutihkan gigi selain dari rawatan gigi tu. Why not dia guna je. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Alang-alang sebelum tu Budiey pernah hadir di Pelancaran Colgate Total Charcoal, Budiey pun kasi cadangan agar artis ni menggunakan ubat gigi terbaru daripada Colgate. Selang dua minggu, Budiey terima mesej dari pelakon lelaki ni dan dia mengucapkan terima kasih sebab Budiey kasi cadangan tu. Hmmm… kira berkesan jugak la kan?

#LiveUpdate : Budiey sekarang berada di Pelancaran COLGATE TOTAL CHARCOAL DEEP CLEAN yang berlangsung di Sunway Pyramid.  COLGATE baru sahaja melancarkan COLGATE TOTAL CHARCOAL DEEP CLEAN. Yang uniknya produk ni adalah formula baru dgn mikro terbaru dari

Cakap pasal ubat gigi Colgate, pada 5 Mac lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Colgate Total Charcoal Deep Clean yang diadakan di Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid. Uniknya produk ni adalah formula barunya dgn mikro arang yang membersih jauh kedalam celah-celah gigi.Ia direka khas dengan formula unik daripada Colgate Total yang terbukti secara klinikal dengan perlindungan antibakteria selama 12 jam

Colgate

Kira meriahlah jugak acara ni sebab ia berlangsung di tempat terbuka di mana pengunjung boleh membeli ubat gigi terbaru dengan harga promosi dan diberi pula banyak hadiah percuma. Selain macam-macam acara hiburan, di situ juga ada pendidikan menarik di mana kita mendapat infomasi berguna tentang penjagaan gigi.

Macam-macam aktiviti menarik yg happening di event COLGATE kat Orange Concourse, Sunway Pyramid hari ni, esok dan lusa. Ada karikatur, boleh check plak gigi dan boleh membeli belah jugak. Dapatkan hadiah menarik dengan setiap pembelian produk COLGATE dgn

Budiey pun tertanya juga kenapa tak dari dulu lagi ubat gigi dibuat menggunakan arang. Yelah, Budiey masih ingat lagi, masa Budiey di sekolah rendah kat kampung, kalau kehabisan ubat gigi, ibu suruh pergi dapur, ambil arang dan cuci gigi dengan arang. Memang ternyata berkilat bersih.

1. Rahsia Keajaiban Arang

Gigi yang putih dan tidak berbau tidak menjamin kesihatan oral seseorang. Ramai yang tidak menyedari mengenai pentingnya penjagaan gusi yang menyokong tumbesaran gigi sekali gus juga menghalangnya daripada kerosakan.

Mungkin ramai yang tak tahu pasal keajaiban arang ni. Walaupun dia berwarna hitam tapi ia boleh membuatkan gigi kita jadi bersinar putih bersih dan sihat. Lebih menakjubkan, pada masa lalu, orang Mesir menggunakan sifat penyerapan arang untuk menutup luka yang bernanah, manakala orang-orang Rom pula membuat ubat gigi dengan menggabungkan arang dengan cangkerang tiram dan kulit kayu untuk membersihkan gigi mereka.

Hari ini, ciri-ciri antiseptik arang telah digunakan dalam produk sabun, penjagaan kulit dan kecantikan untuk membantu menyerap minyak dan kotoran di dalam liang. Arang turut menjadi ramuan makanan yang popular. Arang buluh, misalnya, telah menjadi semakin popular sebagai ramuan dalam roti burger!

Di Malaysia, makanan kekal menjadi budaya kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, sesetengah makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang dan nasi lemak mempunyai kecenderungan untuk melekat di antara gigi, seterusnya membawa kepada masalah plak gigi dan gusi jika tidak dirawat. Ini boleh menjadi satu faktor mengapa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghadapi masalah gusi, menurut mengikut Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan 2010 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Mengelak Pembentukan Bakteria 

Makanan yang tersekat di celah gigi akan menggalakkan pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan plak pada gigi dan akhirnya akan memberikan masalah gusi kepada kita.

Colgate

Budiey kira semua antara kita mengimpikan senyuman menawan umpama selebriti kan? Apabila melemparkan senyuman, pastinya kelihatan susunan gigi yang teratur dan putih berseri. Tapi tak semua dari kita memiliki susunan gigi yang menawan dan teratur. Kadang-kadang ada jer masalah yang melanda gigi dan itu semua bergantung dengan gaya hidup kita.

3. Formula Yang Unik

Mujurlah Colgate memperkenal Colgate Total Charcoal Deep Clean baharu dengan Ultra Mikro Arang! Ubat gigi ini menembusi jauh ke bahagian mulut yang sukar untuk dicapai seperti di celah gigi. Direka dengan formula Colgate Total yang unik dengan perlindungan anti bakteria 12 jam yang terbukti secara klinikal, Colgate Total Charcoal Deep Clean membantu mengurangkan pembentukan bakteria sehingga 90% bagi pembersihan mendalam yang unggul.

Ulasan Budiey Selepas Menggunakan Colgate Total Charcoal Deep Clean

Sejurus selepas pelancaran, Budiey lepak-lepak dulu sambil tu Budiey ambil kesempatan untuk mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti menarik. Kemudian, di ruang legar itu juga, Budiey dah jatuh cinta dan mahu membawa pulang beberapa kotak ubat gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean untuk dijadikan stok untuk beberapa bulan.

colgate

Pada pagi tadi, Budiey telah merasmikan dan mencuba mencuba pasangan berkonsepkan arang ni Ubat Gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean dan pasangan serasinya iaitu Berus Gigi Colgate Slim Soft Charcoal. Kalau korang nak beli, jangan beli ubat gigi je, kenalah beli berus giginya sekali. Ini kerana kehalusan berus yang bersaiz

Pengalaman pertama mencuba berus gigi dengan ubat gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean memang lain dengan ubat gigi yang biasa Budiey guna.

1. Semasa picit ubat gigi ni, Budiey dapat lihat jalur kelabu pada ubat gigi, yelah, ubat gigi dengan partikel mikro arang kan?. Ubat gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean berjaya menembusi jauh ke bahagian mulut yang sukar dicapai bagi memberikan pembersihan maksimum dan sempurna diantara celah-celah gigi.

2. Semasa memberus, Budiey dapat rasakan kebersihan yang optimum. Gigi rasa sangat bersih dan licin dan tiada lagi kesan-kesan makanan di celah gigi. Kalau gosok gigi selepas makan, pastinya elok gak sebab bila dah makan tu, kita akan rasa tak selesa sebab makanan terlekat kat celah-celah kan? Itu la yang jadi masalah plak gigi dan gusi tu kalau kita tak cuba cegah dan rawat.

3. Selepas guna, walaupun dah 12 jam gosok gigi, Budiey dapat rasakan kesan yang cukup lama. Bayangkan walaupun selepas makan tengahari pun, Budiey dapat rasa mulut tidak lagi berbau makanan selepas berkumur-kumur. Apa yang penting, gigi terjaga dengan betul dan terbukti ia sangat berkesan. Budiey tak nak cakap banyak sebab Budiey mahu korang cuba dan tulislah pengalaman korang di ruangan komen yang disediakan kat bawah ni.

Colgate

Terima kasih Colgate-Palmolive Malaysia kerana sudi menjemput Budiey untuk hadir di pelancaran ini.

Ubat Gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean boleh didapati di semua peruncit dan kedai farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga jualan runcit yang disyorkan iaitu RM 10.60 bagi ubat gigi 150gm, dan RM18.90 bagi pek berkembar 150g.

Untuk info lanjut, jangan lupa layari www.colgate.com.my atau www.facebook.com/colgatemy.

#LiveUpdate : Budiey sekarang berada di Pelancaran COLGATE TOTAL CHARCOAL DEEP CLEAN yang berlangsung di Sunway Pyramid.  Dapatkan hadiah menarik yg cute dengan pembelian produk COLGATE dgn nilai RM25 kat sini dan anda akan menerima patung Panda yg superc

Masa pelancaran tu, Budiey beli produk COLGATE dgn nilai RM25 dan dapat patung Panda yg supercute miut ni. Comel kan?

Colgate

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Tasha Manshahar Puas Hati Dengan TERIMA KASIH CINTA