Jalur lebar kediaman berkelajuan tinggi direka untuk meningkatkan kehidupan kami. Malah, anda tidak perlu bimbang tentang hal itu kerana ia perlu berada di mana-mana sahaja di rumah, dan ia perlu sentiasa berfungsi. Hari ini, terdapat lebih daripada 20 juta pengguna Internet di Malaysia, dan anda akan mendapati pelbagai peranti di kebanyakan rumah – dari telefon pintar hingga ke tablet, komputer riba, TV pintar dan konsol permainan. Ini bermakna Internet yang pantas adalah sesuatu yang kita perlukan dalam kehidupan seharian.
Hari ini, Maxis melancarkan MaxisONE Home yang baru, perkhidmatan jalur lebar gentian kediaman yang direka untuk menyediakan satu pengalaman jalur lebar gentian kediaman menyeluruh yang lebih baik. Ia adalah perkhidmatan jalur lebar kediaman pertama yang ditawarkan bersama dengan pasukan pakar-pakar Internet, temu janji yang “tepat pada masa, setiap kali” dan janji kepuasan dijamin selama 30 hari. Oleh itu, jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, anda hanya perlu membatalkan perkhidmatan dalam tempoh masa ini dan anda tidak perlu membayar satu sen.
MaxisONE Home dengan perkhidmatan Maxperts pertama di Malaysia bertujuan menawarkan pengalaman jalur lebar gentian kediaman lebih baik
- Pasukan pakar Internet Maxperts akan mengimbas rumah dengan teliti untuk mengoptimumkan pengalaman jalur lebar dan WiFi
- Menjanjikan perkhidmatan jalur lebar gentian ke rumah dengan temu janji yang “tepat pada masa, setiap kali” dan kepuasan dijamin selama 30 hari
- Kelajuan yang sama bagi muat turun dan muat naik dalam pakej 20Mbps, 30Mbps dan 100Mbps
Pengalaman yang premium ini adalah komitmen Maxis untuk bukan sahaja menyediakan pelan gentian yang hebat, tetapi juga perkhidmatan yang lebih baik untuk melengkapkan produk, melalui pasukan Maxperts kami. Maxperts adalah seperti pasukan ‘SWAT’ yang mempunyai kepakatan Internet dan merupakan pasukan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan bukan korporat di Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan bahawa jalur lebar kediaman anda dipasang dengan betul dan dioptimumkan di seluruh rumah anda.
Secara ringkas, berikut adalah fungsi Maxperts:
1. MENGIMBAS bilik dan ruang hidup yang berbeza di rumah anda untuk mengesan kemungkinan gangguan isyarat dan memahami keperluan peranti Internet keluarga anda
2. MENGOPTIMUMKAN isyarat WiFi anda dengan mengesyorkan penempatan router terbaik dan penyelesaian untuk meningkatkan kekuatan isyarat dan liputan di seluruh rumah untuk kelajuan Internet secara konsisten dan pantas dalam setiap bilik
3. MENYELESAIKAN keperluan Internet anda dengan kabel dan pemasangan yang diperlukan. Setelah ini selesai, nikmati pengalaman pelayaran Internet berkelajuan tinggi yang stabil pada pelbagai peranti, di seluruh rumah anda.
“Apabila kami mengimbas blog, forum dan maklum balas sosial, kami mendapati ramai pengguna mengalami kekecewaan yang sama. 6 dalam 10 masalah yang dihadapi oleh pengguna jalur lebar kediaman adalah berkaitan dengan masalah mendapat WiFi di sekitar rumah. Matlamat kami adalah untuk membina sebuah perkhidmatan jalur lebar yang berfungsi dengan sempurna dengan memperkenalkan MaxisONE Home, untuk memastikan pengalaman pelanggan jalur lebar kami sentiasa lancar, bermula dari pemasangan alat. MaxisONE Home adalah satu tambahan yang bagus kepada perkhidmatan MaxisONE kami, dan satu tawaran yang amat baik untuk rumah-rumah di Malaysia yang memerlukan jalur lebar pantas secara konsisten dan boleh dipercayai untuk melakukan segala-galanya daripada Skyping, sehingga menikmati penstriman muzik dan filem-filem HD. Ini adalah jalur lebar kediaman yang sebenarnya,” kata Tai Kam Leong, Ketua Perkhidmatan Bersepadu Maxis.
Untuk menyaksikan video mengenai MaxisONE Home, sila klik di sini: https://youtu.be/cn8Kv84riAY
Eksklusif untuk pelanggan pelan MaxisONE, pakej MaxisONE Home bermula dari RM170 sebulan dan ditawarkan dengan sokongan 24/7 dan kelajuan muat naik dan muat turun yang sama sehingga 100Mbps.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-plan MaxisONE Home yang ditawarkan, layari www.maxis.com.my/home