Taiwan adalah lokasi percutian yang sangat jarang bagi orang Islam untuk mengunjunginya. Budiey pernah sampai di Taiwan pada empat tahun yang lalu dan mendapati tak ramai orang Islam mengunjunginya. Mungkin sebab mereka tak tahu lokasi kat mana nak makan dan sebagainya. Terus terang Budiey cakap, Taiwan memang menarik jugak la. Rasa nak pergi sekali lagi untuk merakam travelogue kat sana.
Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur (TTBKL) sekali lagi akan menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan, yang merupakan salah satu daripada pameran pelancongan paling dinantikan di negara ini. Edisi kedua pameran pelancongan ini akan diadakan di aras LG2 Orange Concourse, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid pada 13 Mei 2016 hingga 15 Mei 2016, menawarkan pakej percutian terbaik ke Taiwan kepada mereka yang gemar melancong.
Pengarah TTBKL David Tsao berkata:
“Kami teruja untuk menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan di Malaysia buat kali kedua memandangkan acara pertama tahun lepas mendapat sambutan yang memberangsangkan dan menarik sejumlah 431,481 rakyat Malaysia melawat Ilha Formosa. Oleh itu, kami yakin pameran tahun ini akan mencatat satu lagi kejayaan besar.â€
“Malaysia dan Taiwan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua negara mementingkan ikatan kekeluargaan dan pelancongan adalah salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan hubungan keluarga. Kami percaya bahawa keluarga yang melancong bersama akan sentiasa bersama.”
PAKEJ PERCUTIAN KHAS BUAT MUSLIMIN DI TAIWAN TRAVEL FAIR 2016
[dropcap]T[/dropcap]TBKL telah menjalin kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan Malaysia dan Taiwan yang terkenal untuk menawarkan pelbagai pakej percutian dan lawatan yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia, termasuk juga pakej pelancongan khusus untuk pelawat yang beragama Islam.
- Taiwan adalah destinasi pelancongan yang ideal untuk semua. Kepada mereka yang gemar menjamu selera, pasti seronok meninjau pasar malam untuk mencari makanan penjaja yang dijual pada harga berpatutan, manakala mereka yang suka membeli-belah pasti teruja apabila melihat fesyen terkini dan produk yang berkualiti pada harga termampu.
- Bagi mereka yang mengamalkan Gaya Hidup Sihat dan Lestari (LOHAS) pula pasti akan gembira kerana Taiwan mempunyai landskap yang indah, serta lebuh raya tepi pantai yang selamat untuk pengguna, khususnya para penunggang basikal. Aktiviti berbasikal pasti menarik untuk seisi keluarga.
- Pelawat yang mengunjungi Pameran Pelancongan Taiwan 2016 akan dapat menyaksikan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Ten Drum Art Percussion yang dicalonkan untuk Anugerah Grammy dan kumpulan wanita pelakon lagak ngeri moden pertama Taiwan, AC Girl; Taiwan Latern DIY; Taiwan Leisure Farms DIY dan mencuba beberapa makanan penjaja yang paling terkenal di Taiwan.
- Para pengunjung pameran yang membeli pakej percutian akan menerima Kad Gores yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi termasuk pakej Star Cruise, tiket penerbangan yang ditaja oleh Air Asia, China Airlines, Cathay Pacific dan EVA Air; penginapan percuma oleh hotel dan pusat peranginan yang merupakan rakan kerjasama TTBKL; serta tiket masuk ke taman tema. Di samping itu, Hadiah Percuma akan diberi untuk pakej percutian yang dibeli di pameran tahun ini.
Hadiah Istimewa akan juga diberi kepada 500 ahli Sunway Pals pertama yang menunjukkan kad keahlian mereka setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.facebook.com/tbrockl.
Mengenai Taiwan
Ilha Formasa! Taiwan –Pulau Nan Indah. Taiwan mempunyai landskap semula jadi bertaraf dunia seperti Taroko Gorge yang menakjubkan; ia adalah wadah budaya Cina sejati; dengan Muzium Istana Negara yang disenaraikan sebagai salah satu daripada lima muzium terbaik di dunia; pendakian menyeronokan ke puncak Taipei 101; dan gunung paling tinggi di Timur Laut Asia, Yushan atau Gunung Jed. Kami juga mempunyai penduduk yang paling ramah dan mudah mesra di dunia, kedai buku dan kedai serbaneka 24 jam, pasar malam yang sibuk – yang akan menjadi kenangan manis pelawat. Perkhidmatan pengangkutan yang menyenangkan dan persekitaran pelancongan yang menarik pasti akan membuat anda seronok melancong ke negara ini, berulang kali.
Untuk butiran lanjut, sila ke: http://taiwan.net.tw