Tapi memang hakikatnya, dah ramai kawan-kawan Budiey cakap dan kasi respon, mereka dah bertukar siaran ke Kool FM. Terutama waktu pagi masa tengah memandu tu, Kool FM berkumandang dan cukup layanlah. Kiranya, dah makin elok, makin segar dan dah makin mantaplah sebab yang ada kat sana memang berpengalaman.
Cakap pasal Kool FM, masa pelancaran stesen radio ni, Budiey dapatlah satu power bank yang cukup kool tu, warna putih. Tup-tup hilang nih. Aduhhhh…. boleh pulak terlupa si Cyrill yang pinjam. Punyalah aku carik satu rumah… haha. Tapi tak pe la, nanti nak carik power bank macam tu la. Keluaran Pinang. Tahan lama dan memang lawa power bank tu sebab senang nak pegang.
Lupakanlah kejap pasal power bank tu sebab Budiey nak korang tengok sesi temubual Budiey bersama Haiza Hanafi semasa bertemu beliau sejurus selepas tamat sidang media Kool FM.
Kami bercerita tentang topik santai-santai je. Soalan pertama Budiey sah-sahlah pasal apa bezanya Haiza kalau dulu berada di konti Best FM sekarang di Kool FM.
Pertama, kata Haiza, tentulah lokasinya berbeza. A ah, betul gak tu. Jawapan yang klise tapi memang betullah tu. Kalau tanya sesiapa pun memang lah lokasi. Best FM di Johor Bahru manakala Best FM kontinya di Sri Pentas. Jarak bersama famili, media dan kawan-kawan sangat jauh la kalau berada di Johor Bahru. Banyak yang perlu dikorbankan, kata Haiza. Tapi bila dah berada di Kuala Lumpur, urusan menjadi lebih mudah. Alhamdulilah.
Kedua, orang-orang sekelilingnya la yang berlainan. Di Kool FM, Haiza bergandingan bersama AG. Semasa sesi ujibakat, Haiza tak tahu akan bersama AG. Sangat tak percaya sebab bukan senang nak cipta satu keserasian bersama AG ni. Tenaga kerja yang lebih berpengalaman menjadikan Haiza lebih mudah untuk bekerja.
Ketiga, konsep yang berbeza menjadikan Haiza lebih matang untuk mengendalikan kerja di konti. Dari sudut pemilihan lagu pula, Haiza perlu profesional. Kool FM yang best sebab menyokong muzik dangdut menjadikan Haiza lebih bersemangat untuk terus menjadi penyanyi yang versatile. Jadi, korang patut cuba dengar celoteh Haiza dan AG di slot pagi PHD ni. Memang Kool la!
Jadi, radio mana yang menjadi kegemaran korang sekarang ini? Komen la di ruangan komen ya.