Selebriti popular, Neelofa, 31, menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25. Sebelum ini, tanda tanya mula tercetus apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa, baru-baru ini.
Ini jawapan Neelofa secara ringkas berhubung spekulasi menjalinkan hubungan cinta dengan bekas peserta program realiti, Pencetus Ummah itu.
Itu jawapan ringkas daripada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa mengenai desas-desus hubungan percintaannya dengan pendakwah yang juga pelakon, Haris Ismail atau PU Riz.
Menurut Neelofa, 31, PU Rizz bukan sahaja rapat dengan dirinya malah seluruh ahli keluarga sejak tiga tahun lalu.
“Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.
“Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput.“Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu,”
Menurut Neelofa pula, dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.
“Saya akan kongsi dengan siapa sahaja saya pilih dan akan berkahwin. Bagaimanapun, saya menafikan bercinta dengan PU Riz,”
Hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya. Disebabkan itu, PU Riz dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik saya,”
“Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan. Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,”
– Neelofa
Neeofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, sebentar tadi.
Dalam pada itu, bekas hos MeleTop tersebut berharap agar semua pihak menghormati pendiriannya mengenai hal peribadi.
“Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan.
“Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,”
– Neelofa
Mengakui perkongsiannya itu tidak disengajakan, Nabila berkata, dia berasa serba salah apabila pengacara popular itu terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada peminat.
“Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa.
“Semua tetamu mengenakan baju berwarna biru… keluarga, kawan, semua kecuali dulang boys!, ”
– Neelofa
Sementara itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini berkata dia menerima sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi pilihan adiknya.
Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya.
Dia turut mengakui selesa sepanjang mengenali PU Riz dan mengagumi ilmu agama yang dimiliki aktor filem Ada Apa Dengan Dosa itu.
“Tak kisahlah sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik.
“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan.
“Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya. Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu, ” ujarnya.
Pada 20 September lalu, kehadiran pendakwah selebriti PU Riz di majlis pernikahan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki.
Malah, Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.
Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.
Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.
Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.