Pelakon cantik jelita, Emma Maembong telah memaklumkan menerusi Instagramnya bahawa dia dan suami disah positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan.
Hal tersebut pastinya membuatkan Emma begitu risau apabila bayi sulungnya yang baru sahaja berusia dua bulan lebih turut terpaksa menjalani ujian saringan yang agak menyakitkan itu.
Selain Emma dan suami, turut menjalani ujian swab adalah anaknya iaitu Shariq Gabriel. Namun keputusan ujian terhadap anaknya adalah negatif.
Menerusi perkongsiannya di Instagram anaknya Shariq Gabriel, dapat dilihat si kecil itu menangis sambil ditenangkan Emma yang turut sebak melihat bayinya terpaksa menjalani prosedur tersebut.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.
“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.
“Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,”
– Instagram Emma
Menurut Emma, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.
“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.
“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,”
– Instagram Emma
Emma dan suami disahkan positif Covid-19 walaupun tiada sebarang simptom ataupun kontak rapat. Walau bagaimanapun, keputusan saringan ujian anaknya menunjukkan negatif dan membuatkan sedikit lega.
Sehubungan dengan itu, Emma menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga protokol kesihatan dan ambil peluang melakukan swab test walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.