Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai tidak sepatutnya membuat spekulasi sendiri. Pada yang baru sahaja mengenali Shah Radhi, pelakon kacak ini sebenarnya sudah lebih tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.
Sebelum ini dia berkhidmat di belakang tabir. Walaubagaimanapun Shah Radhi diberi peluang oleh pengarah Osman Ali untuk membintangi filem pertamanya berjudul Pinjamkan Hatiku. Sehingga hari ini, Shah Radhi terus berusaha mengukuhkan nama dalam bidang seni.
Sepanjang kariernya bergelar anak seni, Shah Radhi tidak pernah jauh dari kontroversi. Shah Radhi sering mendapat perhatian kerana penampilannya, malah lantang bersuara membidas komen netizen.
Berikut beberapa kontroversi yang pernah menyelubungi Shah Radhi sebelum ini.
1. Pub Halal
Pada awal Januari tahun 2019 yang lalu, Shah Radhi pernah merancang untuk menjalankan perniagaan pub yang dikhususkan buat golongan muda tidak lama lagi.
“Saya memang sukakan semua jenis hiburan lebih-lebih lagi muzik walaupun tidak pandai menyanyi. Saya mahu mewujudkan sebuah tempat di mana golongan muda boleh lepak, minum sambil layan muzik,”
– sumber: Harian Metro
Menurut Shah Radhi, pub yang bakal dibuka hanya menghidangkan minuman dan makanan halal saja.
Walaubagaimanapun rancangannya tidak mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.
Mereka menganggap membuka pub seperti menarik golongan muda untuk terjebak kepada budaya yang tidak sihat.
2. Membalas Kecaman Netizen
Shah Radhi salah seorang artis yang tidak mempedulikan kecaman netizen. Ramai yang mengkritik dan mengecam di atas rancangannya itu. Susulan dari rancangan itu, dia pernah membidas semula kecaman netizen. Dia menegur netizen supaya tidak perlu menjadi Tuhan untuk terus menjatuhkan hukum diatas tindakannya itu.
3. Gambar Seksi
Sebelum ini Murai MY ada mengeluarkan artikel mengenai pelakon kacak itu yang terpalit dengan kontroversi gambar seksi. Shah Radhi memuat naik gambarnya di Instagram dengan gaya menjolok mata yang mungkin secara tidak sengaja memperlihatkan payudara sehingga mendapat komen negatif dari pengikutnya.
Rata-rata netizen menuduh pelakon berusia 23 tahun itu membuat suntingan foto tersebut sehingga sebahagian payudara-nya terlihat aneh.
Oleh kerana terlalu banyak komen yang mengkritik penampilannya, menerusi IG Stories, Shah Radhi telah memuatnaik gambar lain payudara-nya bagi membuktikan originaliti foto tersebut yang tidak disunting sebelum dimuatnaik.
Beralih semula kepada perkembangan terbaru mengenai dakwaan pikat isteri orang, Shah Radhi bersyukur dapat diikat jamin. Dipetik dari Harian Metro, Shah Radhi memberitahu dia belum tentu bersalah.
“Tak semestinya orang yang dalam lokap itu bersalah. Kita tunggu keputusan mahkamah. Mereka akan menentukan segalanya. Saya akan buktikan yang kebenaran akan ditunjukkan di mahkamah nanti. ” kata pelakon itu.
Mahkamah membenarkan Shah Radhi diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Ogos untuk sebutan kes. Kita doakan yang baik-baik aja lah!
Sumber: Harian Metro & Murai