Dari semua aspek, single ini boleh dikatakan menjadi salah satu yang terbaik, setidaknya menjadi awal yang mengesankan bagi Tiara Andini untuk memulakan tahun baru 2024.
Dalam lagu ini, Tiara Andini kembali bekerjasama dengan penerbit muzik dari Korea Selatan, Hyuk Shin, yang sebelumnya pernah berkolaborasi dengannya dalam lagu “Flip It Up”. Hasilnya, lagu “Ngeluwihi” juga memberikan sentuhan KPop dalam susunan muziknya.
Oke, mengapa dikatakan menakjubkan? Pertama, sesuai dengan judulnya, perkataan “Ngeluwihi” diambil dari Bahasa Jawa yang bererti “melebihi”. Perkataan ini dipilih kerana Tiara Andini ingin membawa asal usulnya sebagai perempuan berdarah Jawa ke dalam karyanya serta ingin menunjukkan versi lebih baik dari dirinya melalui single ini.
Walaupun sebahagian besar liriknya dinyanyikan dalam Bahasa Inggris, namun di awal lagu dia memberikan penggalan lirik berbahasa Jawa yang menambah keunikan pada lagu itu sendiri.
Tidak hanya itu, Tiara juga mengukuhkan nuansa Jawa dalam gambar promosi lagu “Ngeluwihi” di mana dia memakai pakaian tradisional Jawa hasil kolaborasi antara Jember Fashion Carnaval (dengan Bubah Alfian sebagai pengarahnya), Lisa Ju, Atara Batik, dan Torenda Indonesia.
Duo pereka fesyen ByAnsoe juga turut menyumbang dalam pakaian yang dikenakan Tiara dalam video muzik tersebut. Sementara itu, untuk pengarah fesyen keseluruhan, Tiara Andini menggunakan khidmat Rikki Simanjuntak.
“Aku ingin membawa budaya di mana aku lahir, iaitu budaya Jawa, dan ternyata setelah dicuba hasilnya sangat memuaskan, tidak hanya lagunya, tetapi semua hasil produksinya juga melebihi jangkaan aku sebelumnya,” ujar Tiara.
Lagu “Ngeluwihi” itu sendiri menceritakan tentang bagaimana seseorang yang diremehkan oleh orang lain pada akhirnya mampu bangkit untuk membuktikan bahawa orang tersebut salah kerana dia mampu menjadi versi yang lebih baik dari dirinya sendiri.
Susunannya sendiri, seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, menyaksikan Tiara Andini bersama sang penerbit Hyuk Shin kembali menampilkan nuansa musik KPop yang agresif dan sangat rancak. Unsur hip-hop, rap, R&B, pop, semua menjadi satu dalam adunan terbaik dari sang penerbit ditambah dengan kemampuan Tiara Andini yang menyajikannya dengan kualiti vokal yang hebat.
Tidak hanya itu, video muzik yang ditampilkan juga mengagumkan siapa pun yang melihatnya. Tiara membawa konsep budaya Jawa hampir di setiap babak yang ada di video muzik “Ngeluwihi” sambil menampilkan tarian yang sangat menarik.
Pakaian tradisional Jawa menjadi salah satu tumpuan yang mencuri perhatian di video muzik ini. Ditambah lagi ia menampilkan “Gunungan” atau “Kayon” yang ada di dalam wayang kulit sebagai latar belakang video muziknya. Untuk pengetahuan semua “Gunungan” atau “Kayon” pada wayang itu berbentuk kon dan tipis ke atas yang melambangkan kehidupan manusia.
Video muzik “Ngeluwihi” ini dihasilkan oleh EUIS Studio Production, dengan Timo sebagai sutradara dan Ade Yason sebagai penerbitnya.
Lewat single ini, Tiara Andini berharap warna muzik yang ingin ditampilkan dapat diterima dan didengar oleh masyarakat lebih luas lagi. Tidak hanya di Indonesia, namun juga meliputi penggemar di Asia, bahkan dunia.
“Harapannya tetap ingin dapat dinikmati pendengar yang lebih luas lagi, sehingga lebih banyak lagi juga yang bisa mengetahui budaya Jawa yang ditampilkan di single ini. Selain itu, semoga makna lagu ini juga bisa menjadi motivasi bagi banyak orang untuk selalu menjadi versi yang lebih baik dari diri mereka,” harap Tiara Andini.
Dengarkan single “Ngeluwihi” di semua platform layanan muzik digital. Jangan lupa dijadikan senarai main harian dan tonton juga video muziknya di saluran YouTube Tiara Andini, ya! Semoga terhibur.