Tiada penyingkiran dibuat pada minggu kedua program Akademi Qurra’ 2024 yang ditayangkan secara langsung di TV Alhijrah, pada Sabtu lalu.
Ini bermakna kesemua 12 peserta program itu akan meneruskan saingan pada minggu ini sekali gus bakal memberi peluang kepada mereka untuk lebih yakin di atas pentas.
Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar pihak produksi berpuas hati dengan peningkatkan prestasi yang ditunjukkan para tilmiz dan tilmizah pada minggu kedua.
“Sebelum membuat sebarang keputusan kami sentiasa mengambil maklum dan melihat pandangan daripada penonton. Program ini lebih kepada mengajar mengenai ilmu Al-Quran
– Zulkarnaen Mokhtar
Â
“Jadi, kami memutuskan untuk tangguhkan dahulu penyingkiran ke minggu-minggu berikutnya. Biarlah para peserta ini ‘panas badan’ dahulu.
“Kita nampak peningkatan mereka dari minggu pertama dan kedua. Jadi, kita harapkan pada minggu berikutnya, mereka sudah bersedia untuk bertanding,â€
Pihak produksi amat berpuas hati dengan peningkatkan prestasi yang ditunjukkan para tilmiz dan tilmizah pada episod minggu ini.
“Untuk program seperti ini, kami turut mengambil maklum balas daripada penonton. rogam ini lebih kepada mengajar mengenai ilmu Al-Quran.
– Zulkarnaen Mokhtar
Jadi, kami memutuskan untuk tangguhkan dahulu penyingkiran ke minggu-minggu erikutnya. Biarlah para peserta ini ‘panas badan’ dahulu.
Kita nampak peningkatan mereka dari minggu pertama dan kedua. Jadi, kita harapkan pada minggu berikutnya, mereka sudah bersedia untuk bertanding,”
Ditanya mengenai pemilihan, Tilmizah Busyra sebagai pemenang ketegori mingguan, Alunan Terindah, juri tetap Muhammad Qayyim Nizar Sarimi tidak dapat menyangkal kemampuan peserta itu mengalunkan ayat Al-quran.
“Saya memilih Tilmizah Busyra kerana kualiti suara yang baik walaupun lagunya ada sedikit sumbang tapi tidak terlalu ketara.
– Zulkarnaen Mokhtar
“Tilmiz Nabil pun bagus tapi pada lagu kedua ada sedikit sesat. Tiada banyak yang ketara berbanding peserta lain.Â
“Semua peserta berpeluang memenangi kategori alunan terindah,â€
Ditanya sama ada pihak produksi bakal melakukan lebih daripada satu penyingkiran pada minggu hadapan, Zulkarnaen memaklumkan segalanya bergantung kepada persembah para peserta di setiap episod.
Kita tak boleh nak jangka juga situasi itu. Kami hanya akan memutuskan tentang menyingkiran selepas melihat markah di akhir rancangan. Kita mengikut keadaan.
– Zulkarnaen Mokhtar
Sama ada penyingkiran seorang atau beramai-ramai, kita akan lihat pada prestasi episod tersebut,”
Dalam masa sama, Qayyim berharap agar para tenaga pengajar dapat memberikan penekanan terhadap alunan taranum yang kurang dikuasi para peserta.
“Pada minggu akan datang, saya minta tenaga pengajar untuk memberi bimbingan kepada peserta mengenai kawalan suara dan tekankan juga lagu-lagu yang mereka tak kuasai lagi setakat ini.
– Zulkarnaen Mokhtar
“Kita nak elakkan supaya peserta ini tidak tersesat lagi selepas ini,â€
Terdahulu, Akademi Qurra’ 2024 disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah pada setiap Sabtu jam 9 malam.
Program ini dihoskan oleh Raqib Majid manakala Ustazah Sharifah Khasif dan Qayyim pula bertindak selaku juri tetap.