Bagi menjernihkan suasana, permohonan maaf tersebut telah dimuat naik menerusi sebuah rakaman video berdurasi 55 saat sebentar tadi.
“Saya dengan rendah diri nak mohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati, kepada mereka-mereka yang merasakan babak itu tidak patut dilakukan.
“Tapi sebenarnya saya nak bagitahu ikhlas daripada hati saya semasa saya melakukan babak itu saya takde maksud apa-apa.
“Takde nak melucah atau apa-apa, saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Takde niat apa-apa.
“Kalau katalah dengan video tu ada orang terasa hati saya minta maaf banyak-banyak inshaa allah saya takkan buat lagilah benda-benda macam tu,”
– Shuib
Menurut pelawak berusia 36 tahun itu, sewaktu melakukan babak tersebut dia tidak berniat untuk melucah tetapi hanya mahu membuat penonton ketawa.
Justeru itu, dia memohon maaf jika ada pihak yang terguris atau terasa hati dengan lakonannya itu dan berkata bahawa dia tidak akan mengulangi perkara itu pada masa akan datang.
Terdahulu, penceramah tersebut menegur adegan Shuib yang sedang mengukur kelapa di dalam sebuah rancangan komedi yang diberi nama Sepahtu Reunion.
Adegan tersebut dianggap ‘lucah’ dan ia dikatakan sudah menjadi satu normalisasi dalam kalangan masyarakat dimana isu sebegitu kini dianggap ‘normal’.