Tiba-tiba nama Rosnah Mat Aris hangat, meletop dan heboh diperkatakan. Isu sensasi yang menyentuh sensitiviti umat Islam masih panas diceritakan sana sini. Ironinya, siaran Sensasi yang tidak sampai setengah tahun bersiaran kini hanya tinggal kenangan. Dah takdir nak buat macamana…
Rasanya ketika ucapan laser Kak Rosnah ada ketawa-ketawa kecil yang datang daripada pengacara rancangan Sensasi… Tapi tak apa, sekarang pengacara Awal Ashaari dan Intan sudah hilang kerja. Sabar je la ek.
Tanggal 30 Januari pastinya menjadi detik hitam bagi pelakon drama yang berusia 52 tahun itu. Soalan dari Sensasi yang mempersoalkan mengapa Kak Ros gemar berkawan dengan lelaki lebih muda telah mengundang kontroversi.
Ini kerana jawapan Rosnah Mat Aris dikatakan menghina status usia isteri Rasulullah. Padahnya, bukan sahaja program Sensasi telah dihentikan siaran, imej baik dan reputasinya tercalar malah Rosnah Mat Aris telah pun digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama setahun. Ini bermakna wajah Rosnah Mat Aris tidak akan keluat di TV1 dan TV2 selama setahun.
Hukuman ini diputuskan dan diumumkan sendiri oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dan berpendapat apa yang Rosnah Mat Aris ucapkan itu adalah sesuatu yang terkeluar daripada norma masyarakat terutamanya umat Islam. Memang kata-kata itu tidak patut keluar daripada mulut umat Islam.
Tidak ada maafkah buat Rosnah Mat Aris? Dia sudah pun meminta maaf dan menarik balik kata-kata lasernya itu. Mengapa tidak beri peluang kedua kepada Rosnah Mat Aris? Kesian dia, kan?
Terlanjur perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya. Mampukah imej yang tercalar ini dipulihkan oleh Kak Rosnah. Saya sebagai pemerhati dunia hiburan amat simpati dengan apa yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jabatan Penyiaran RTM. Semoga Rosnah Mat Aris tabah menghadapi dugaan ini. Tidak mengapalah, Kak Ros, rezeki ada di mana-mana. Semoga Kak Ros tidak digam oleh TV3 dan astro cukup lah…
Lain kali, mana-mana stesen TV nak buat rancangan macam Sensasi, kenalah buat secara rakaman sebab senang nak ditapis.
Harapan saya lepas ni, TV3 boleh merangka kembali program TV yang lebih sensasi dan terhangat. Namun, biarlah kali ini dirancang dengan lebih teliti dan kalau nak sensasi pun, biarlah sensasi yang lebih sopan santun dan lebih tertib. Kena juga ada faedah dan teladan yang boleh menerap dan mendidik masyarakat. Bukan hanya mengejar rating atau hits penonton.
Bercakap pasal hits ni teringat saya pasal ada sesetengah blogger yang berbalah sesama sendiri semata-mata kerana blog. Mengejar takhta dengan hits paling banyak pelawatnya adalah satu persaingan sihat. Tidak elok kita berbalah kerana dunia hiburan Malaysia memang kecil sangat. Saya harap mereka yang berbalah itu dapat berdamai untuk kebaikan semua.
Akhir kata, semoga isu Kak Ros kena gam ini menjadi pengajaran buat artis dan selebriti yang lain. Sebelum anda mengeluarkan apa-apa kenyataan, berfikirlah dahulu. Jangan pakai redahnya. Nak minum air teh pun kena tapis jugak, nanti terminum sekali dengan hampas-hampasnya sekali. Ops!
Mesti Baca: Sensasi, Mana Dia Sensasi?
Prop ‘Sensasi’ yang kini hanya tinggal kenangan. Foto ini saya ambil ketika menonton Gangstarz di Studio Finas malam tadi. Foto-foto dan ulasan ringkas di Gangstarz akan diletakkan kemudian.