in , ,

Tiada Apa Yang Berlaku, Haqiem Rusli Enggan Paksa Isteri Berhijab

Perkongsian isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofia di hari raya pertama menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berselendang menampakkan rambutnya.

Malah, tindakan Anis memadam kesemua fotonya termasuk gambar bersama Haqiem juga turut menimbulkan tanda-tanya netizen.

Memetik BH Online, ibu kepada Haqiem iaitu Nazrah Nordin berkata hubungan anak dan menantunya itu masih baik dan tiada apa-apa masalah.

Tiada Apa Yang Berlaku, Haqiem Rusli Enggan Paksa Isteri Berhijab

“Tiada apa-apa yang berlaku… Mereka masih bersama seperti biasa. Anis beritahu fotonya bersama Haqiem tidak dipadam, hanya dimasukkan dalam arkib.
“Hubungan mereka baik-baik sahaja dan tiada masalah berlaku. Malah, ketika bergambar, mereka berpegangan tangan,”

-Nazrah Nordin
Muat Naik Gambar Pakai Selendang, Isteri Haqiem Rusli Buka Tudung?

Mengulas mengenai keputusan Anis tidak lagi berhijab, Nazrah berkata menantunya itu masih dalam proses membiasakan diri berhijab dan Haqiem enggan memaksa isterinya bertudung.

“Saya baru tahu mengenai keputusannya itu. Disebabkan Anis baru berusia 21 tahun, jadi kami tidak mahu terlalu menekan. Mungkin perasaannya untuk kekal berhijab masih belum terbuka.

“Haqiem ada beritahu, dia tidak mahu terlalu memaksa. Haqiem percaya suatu masa kelak, Anis terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Pakai Tudung Sudah Pasti Masuk Syurgakah?” – Ifa Raziah Tanya Netizen

Asad Motawh Dikatakan Suka Menunjuk-Nunjuk Rumah Sendiri