THR Gegar Teruskan Misi Bantuan Mangsa Banjir di Terengganu dan Pahang. Khidmat sosial stesen radio Astro, THR Gegar telah menerima lebih banyak sumbangan selepas memasuki tahun keempat penganjurannya.
Dengan itu, pihak THR Gegar telah berjaya mengumpul barang-barang bantuan untuk mengagihkan sumbangan tersebut kepada penduduk di Kelantan sebagai persediaan awal menghadapi bencana alam dan dapat mengurangkan kesusahan yang ditimpa.
Hampir 500 penduduk Manek Urai Lama dan baharu menerima kit bantuan banjir dalam siri jelajah THR Gegar ke Kelantan tahun ini. Kit bantuan banjir itu diagihkan dua penyampainya Nasaruddin Abdul Karim dan Suzana Shafie.
Lokasi seterusnya untuk program Misi Bantuan Banjir THR Gegar adalah Sekolah Kebangsaan Seberang Tayor, Chukai Kemaman, Terengganu pada 27 November 2015 jam 3 petang dan di Sekolah Kebangsaan Serambi, Pekan Pahang yang akan berlangsung pada 28hb November 2015 jam 10 petang.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://gegar.thr.fm/