Lokasi Jajahan Gegar pertama telah pun selesai! Pada minggu lalu, bermula Jumaat (19 Ogos) sehingga Ahad (21 Ogos), siri Jajahan Gegar memulakan pengembaraan mereka di Terengganu. Penyanyi kecil molek dan popular dengan lagu Hantu Buaya iaitu Nana Sheme turut menyertai siri Jajahan Gegar di ke semua lokasi di Terengganu dengan membuat persembahan yang hebat diiringi kumpulan busking.
THR Gegar Sambung Siri Jajahan Gegar Ke 8 Lokasi di Kelantan Minggu Ini
Antara lokasi yang telah di jajah adalah bermula pada jam 3 petang di Ma Ani Selera Kampung, Dungun. Pada jam 5 Petang di Graduate Lodge Cafe, Dungun dan 9 Malam di Sri Tanjung, Dungun. Kelihatan orang ramai juga memenuhi lokasi jajahan untuk meyaksikan persembahan artis undangan dan penyampai radio THR Gegar yang turut membuat persembahan. Shah dan Zura tidak ketinggalan untuk menyampaikan beberapa buah lagu diiringi buskers tempatan.
Misi Jajahan Gegar ini adalah untuk mendekatkan lagi jiwa keluarga THR Gegar bersama peminat di Terengganu. Jangan lupa! Bagi pendengar setia THR Gegar yang berada di Kelantan dan Kuantan, anda masih berpeluang untuk menyertai siri Jajahan Gegar di lokasi mereka. Pada hari tersebut juga, orang ramia turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik dan berpeluang memenangi cenderahati THR Gegar seperti T-Shirt eksklusif Jajahan Gegar dan macam macam lagi!
Sertai Jajahan Gegar yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic di lokasi dan tarikh di bawah untuk menyaksikan penyampai Ceria Pagi Shah dan Zura berkolaberasi dengan artis jemputan, busking di gerai terpilih. Siri Jajahan Gegar ini mendapat sokongan akhbar Sinar Harian selaku media rasmi bagi siri Jajahan Gegar ini. Pihak THR Gegar turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sinar Harian yang sudi menjadi rakan sokongan bagi menjayakan siri Jajahan Gegar ini serta artis-artis yang terlibat.
THR Gegar bakal menyambung siri jelajah di Kelantan(25 -27 Ogos) bersama artis undangan Encik Mimpi seperti maklumat berikut :
Kelantan (25 Ogos)
Kelantan (26 Ogos)
Kelantan (27 Ogos)
Lokasi :Dietiey Corner, Rantau Panjang
Masa : 5 Petang
Lokasi : Red Warrior Café,Pasir Mas Masa : 10 Pagi
Lokasi : Pasar Wakaf Zin, Bachok
Masa : 10 pagi
Lokasi : LA Corner, Pasir Pekan Masa : 9 Malam
Lokasi : Azmie Seafood, Pasir Mas Masa : 3 petang
Lokasi : Tok Wan Satay, Bachok
Masa : 2 petang
Lokasi : Bismillah Restoran, Pasir Mas
Masa : 5 petang
Lokasi: Radix Corner, Tumpat Masa : 9 Malam
Seterusnya, THR Gegar bakal menyambung siri jelajah di Pahang, Kuantan (2-4 September) bersama artis undangan Khai Bahar seperti maklumat berikut :
Kuantan (2 September) |
Kuantan (3 September) |
Kuantan (4 September) |
Lokasi : Gerai Makan Mentiga AN, Pekan |
Lokasi : Pasar Pekan Sari, Pekan Masa : 10 pagi |
10 Pagi |
Lokasi : Cendawan Corner, Pekan Masa : 9 malam |
3 Petang |
Lokasi : Jungle Food Court Indera Mahkota. |
Lokasi: Teratak TC, Teluk Cempedak |
||
Lokasi : Manalagi Food Court, Teluk Cempedak |